fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Menarik

Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung di Tengah Tasik Bakun

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
22 November 2019
Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung di Tengah Tasik Bakun
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Ingin Merasai Pengalaman Bermalam di Tengah Tasik Tanpa Gangguan? Inilah Tempatnya!

Kredit : FB Belanum Bay Floating House

Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung di Tengah Tasik Bakun. Jika selama ini anda mengimpikan untuk bermalam di suatu tempat yang tenang tanpa ada gangguan, rumah terapung ini mungkin salah satu tempat penginapan yang patut anda pertimbangkan. Belanum Bay Floating House yang terletak di tengah Tasik Bakun, Sarawak ini sering dijadikan sebagai tempat persinggahan ekopelancongan, terutamanya bagi para pemancing.

Tak pernah dengar Tasik Bakun? Baca artikel ini : Seluas Negara Singapura, Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tasik Bakun, Sarawak

ADVERTISEMENT

Dipanggil ‘Jelatong’, Asalnya Adalah Rumah Kedua Penduduk Setempat

Untuk pengetahuan anda, terdapat ratusan rumah terapung atau ‘jelatong’ yang terdapat di Tasik Bakun ini. Tujuan asal jelatong ini dibina oleh penduduk tempatan adalah untuk menyimpan hasil hutan atau sungai sebelum dibawa keluar untuk dijual pada hujung minggu. Selain itu, ia juga menjadi rumah kedua bagi penduduk setempat.

Kredit : bakobafc.blogspot.com
Kredit : FB Belanum Bay Floating House

Namun demikian, menyedari rumah terapung ini berpotensi untuk menjadi produk eko pelancongan, muncul beberapa pengusaha jelatong yang menawarkan pakej penginapan termasuklah Belanum Bay Floating House.

ArtikelBerkaitan

Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia

Trip Ke ‘Big Ben’ Tahun Ini Terpaksa Cancel? Kunjungi tHe Spring, Bintulu Untuk Menikmati ‘Vibe’ London!

Bekalan Elektrik 100% Guna Kuasa Solar? Betul-Betul Mesra Alam

Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung di Tengah Tasik Bakun
Kredit : FB Belanum Bay Floating House
Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung di Tengah Tasik Bakun
Kredit : FB Belanum Bay Floating House

Belanum Bay ini menyediakan penginapan 4 bilik tidur. Bilik tidur utamanya dilengkapi dengan bilik air sendiri. Rumah terapung ini dikatakan mampu menampung sehingga 10 orang pengunjung pada satu-satu masa. Untuk sampai ke sini, anda harus menaiki bot laju dari Jeti Tasik Bakun. Perjalanan hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit. Sesuailah untuk mereka yang nak pergi secara berkumpulan jika tidak yakin untuk pergi seorang.

ADVERTISEMENT
Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung di Tengah Tasik Bakun
Kredit : FB Belanum Bay Floating House

Menariknya juga, sumber bekalan elektrik di sini seratus peratus memanfaatkan sumber tenaga solar serta kuasa generator. Bekalan air bersih pula dipam daripada hulu sungai. Dijamin bersih dan segar.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Di Sini?

Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung di Tengah Tasik Bakun
Kredit : FB Belanum Bay Floating House
Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung di Tengah Tasik Bakun
Kredit : FB Belanum Bay Floating House

Setibanya di sini, anda boleh bersantai, menikmati pemandangan tasik yang menenangkan, berenang, trekking ke hulu sungai serta memancing ikan. Khabarnya, jelatong ini tidak jauh dari port air terjun yang memukau. Belanum Bay ini juga merupakan jelatong yang paling hampir dengan Empangan Bakun.

ADVERTISEMENT
Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung di Tengah Tasik Bakun
Kredit : FB Belanum Bay Floating House

Sekali sekala, boleh lah bertukar angin melancong ke destinasi ekopelancongan seperti ini. Sambil-sambil itu, dapat merehatkan minda daripada hiruk pikuk bandar dan meredakan tekanan kerja. Betul tak?

Jangan lupa like dan share post ini serta tag rakan-rakan anda yang tengah mencari tempat untuk menenangkan fikiran.

Share5795Tweet51SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy