fbpx
Tempat Menarik

Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak

Tempat asal kampung Bidayuh tertua di Sarawak.

Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak. Banjaran Bengoh atau lebih dikenali dengan gelaran Bengoh/Bungo Range terletak di Padawan, Sarawak. Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke tapak permulaan Banjaran Bengoh iaitu empangannya mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit.

Lokasi 4 air terjun memukau

Jika anda mendaki banjaran ini, anda akan dipertemukan dengan 4 buah air terjun yang memukau iaitu air terjun Curtain, Koring, Puba’an (Pe’an) dan Shushung (Susung).

Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak
Sumber : FB Aizaharwani MJ | Twitter : @aizaharwani_mj | IG : aizaharwani_mj

Sebelum itu, anda perlu menaiki bot mengharungi empangan selama 20 ke 30 minit sebelum tiba ke tapak permulaan banjaran.

Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak
Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak
Sumber : FB Aizaharwani MJ | Twitter : @aizaharwani_mj | IG : aizaharwani_mj
Sumber : FB Aizaharwani MJ | Twitter : @aizaharwani_mj | IG : aizaharwani_mj
Sumber : FB Aizaharwani MJ | Twitter : @aizaharwani_mj | IG : aizaharwani_mj

Perjalanan menuju ke 3 air terjun pertama iaitu Curtain, Koring dan Puba’an (Pe’an) mengambil masa selama 45 hingga 1 jam dari tapak permulaan berdekatan empangan. Untuk sampai ke air terjun Shushung (Susung) pula, anda perlu mendaki lagi sejauh 30 hingga 45 minit.

Pendakian ulang alik secara keseluruhan juga mengambil masa yang agak lama iaitu 4 jam. Jadi, anda dinasihatkan untuk membina stamina sebelum mendaki banjaran yang mencabar ini.

Syurga para pengkaji haiwan dan tumbuhan

Banjaran Bengoh ini juga merupakan syurga kepada para pengkaji haiwan dan tumbuhan kerana hutannya yang masih tebal dan dianggap ‘dara’. Banyak spesis yang rare hidup di hutan banjaran ini. Malah, sebuah spesis tumbuhan baru, Amomum bungoensis yang ditemui pada tahun 2018 turut dinamakan sempena nama Bengoh, tempat ia mula-mula ditemui.

Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak
Amomum bungoensis, spesis baharu yang dijumpai di Banjaran Bengoh pada tahun 2018.
Sumber : Hindawi Journal of Botany

Empangan Bengoh

Banjaran Bengoh juga menempatkan sebuah empangan air yang dinamakan Empangan Bengoh.

Empangan Bengoh yang terletak di banjaran ini mampu menakung air sebanyak 144 juta meter kubik air. Ia mula dibina pada tahun 2007 dan siap pada tahun 2010.

Empangan Bengoh

Empangan ini dibina bagi menampung keperluan 2 juta pengguna di sekitar Bandaraya Kuching. Malah, ia membekalkan 130 juta mililiter tambahan air mentah kepada Loji Rawatan Air Batu Kitang sebelum disalurkan untuk kegunaan penduduk setempat.

Kampung Semban, kampung di atas awan

Dahulu, Kampung Semban merupakan kampung yang paling dekat dengan kawasan empangan ini. Digelar kampung di atas awan, di sinilah tempat asal tradisi Semban iaitu wanita bergelang tembaga.

Sumber : cyrilcanvas.wordpress.com

Kampung ini merupakan kampung Bidayuh yang tertua di Sarawak dan dipercayai telah wujud sejak 300 tahun yang lalu.

Bukan itu sahaja, anda boleh melihat pemandangan luas empangan Bengoh dari sini. Bahkan, pengunjung juga boleh menikmati suasana bintang di malam dan kelip-kelip jika menginap di homestay milik Pakcik Sagen di sini dan merasai hidup di kampung atas awan.

Menariknya, anda juga boleh melihat bagaimana Pakcik Sagen menghisap hookah tradisional Bidayuh, alat yang diperbuat daripada buluh untuk menghisap tembakau. Ia seakan-akan seperti menghisap shisha tapi versi Semban.

Hookah tradisi Bidayuh Semban.
Sumber : cyrilcanvas.wordpress.com
Sumber : cyrilcanvas.wordpress.com

Jika anda cukup bertuah, anda akan dibawa melawat ke kawasan hutan di mana terdapatnya pokok Tapang (Koompassia excelsa) yang merupakan pokok tertinggi dalam hutan hujan tropika. Penduduk yang berkemahiran masih mampu mendaki pokok yang tinggi ini bagi mendapatkan madu lebah yang enak dan berkualiti tinggi.

Sumber : cyrilcanvas.wordpress.com

Di Banjaran Bengoh ini juga, terdapat sebuah pokok Jelutong yang dinamakan sebagai pokok ‘Peace’ oleh penduduk setempat. Menurut Sagen, penduduk asal Kampung Semban, pokok ini ditanam oleh penduduk sebagai persetujuan kepada semangat hutan agar dapat mengakhiri adat memenggal kepala.

Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak
Sumber : cyrilcanvas.wordpress.com

Getah pokok Jelutong yang berwarna putih pula menandakan pengakhiran pertumpahan darah daripada zaman memenggal kepala.

Liputan telko yang ada di banjaran ini ialah Celcom. Bekalan elektrik tidak sampai ke kawasan atas banjaran ini dan sumber air bergantung 100% kepada air sungai.

Banyak kampung telah dikosongkan setelah empangan dibina

Walau bagaimanapun, sejak empangan ini mula dibina, ia telah menggelamkan sebanyak 204 buah rumah yang didiami oleh 1,500 penduduk. Antara kampung yang telah dikosongkan di kawasan banjaran ini ialah Kampung Bojong.

Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak
Sumber : cyrilcanvas.wordpress.com

Pembinaan empangan ini juga mendapat tentangan hebat daripada penduduk kampung asal.

Mereka menganggap penempatan ini merupakan cara hidup mereka buat sekian lama dan kampung di atas awan ini adalah nadi tradisi sejak beratus tahun lamanya. Contohnya seperti tanah untuk penanaman lada, sawah padi serta rumah untuk tradisi wanita bergelang tembaga.

Kampung Sting antara kampung baharu di atas Banjaran Bengoh

Akibat paras air empangan yang semakin naik saban tahun, kini terdapat 3 perkampungan Bidayuh baharu yang dibina di bahagian atas banjaran iaitu Kampung Sting, Kampung Muk-Ayun dan Kampung Nyegol.

Penduduk di kampung atas empangan ini juga berhasrat untuk meneruskan tradisi Bidayuh mereka seperti menanam padi, menuai lada sekaligus menjadikan ia sebagai sumber eko-pelancongan yang unik di Sarawak.

Sumber : Youtube Pizza and The Beast | FB : Muhd Ameerul | IG : @mhdamrl94

Bagi pendaki yang mahu merasai pengalaman berbaloi mendaki Banjaran Bengoh seperti pengguna FB Aizaharwani MJ ini, anda disarankan untuk mendaki sehingga ke Kampung Sting. Dari situ, anda boleh melihat pemandangan 180 darjah Empangan Bengoh dan Banjaran Bengoh.

Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak
Sumber : FB Aizaharwani MJ | Twitter : @aizaharwani_mj | IG : aizaharwani_mj
Sumber : FB Aizaharwani MJ | Twitter : @aizaharwani_mj | IG : aizaharwani_mj
Cerita Di Sebalik Banjaran Bengoh, Hidden Gem Umpama Jurassic World Di Sarawak
Sumber : FB Aizaharwani MJ | Twitter : @aizaharwani_mj | IG : aizaharwani_mj

Walau bagaimanapun, anda harus menempah bot serta pemandu pelancong kerana kawasan ini dijaga oleh pengawal keselamatan empangan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengalaman mendaki Banjaran Bengoh ini, anda boleh melawat ke profil gadis ini, Aizaharwani MJ serta menonton video di saluran Youtube Pizza and The Beast.

Baca juga kisah 5 wanita Bidayuh terakhir pemakai gelang tembaga :

Ini pula kisah lagenda lelaki Bidayuh bernama Kaleng Buran :

Sumber
Youtube Pusat Komas : Unlocking BengohHindawi Journal of BotanySarawak TourismFB Aizaharwani MJCyril's Canvas

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close