fbpx
Tempat Menarik

D-Virtual Park Samarahan, Taman Tema Hologram Pertama Di Malaysia Dibuka Mac Ini

Semua Permainan Guna Virtual Reality. Biar Betul?

D-Virtual Park Samarahan, Taman Tema Hologram Pertama Di Malaysia Dibuka Mac Ini
Kredit : FB D-Virtual Park

D-Virtual Park Samarahan, Taman Tema Hologram Pertama Di Malaysia Dibuka Mac Ini. Kebiasaannya, taman tema yang ada di Malaysia adalah taman tema berkonsepkan watak animasi kanak-kanak seperti Legoland dan taman tema air seperti Sunway Lagoon. Namun, kini kita bakal mempunyai satu lagi taman tema yang unik. Lebih menarik, lokasinya adalah di Sarawak!

D-Virtual Park Samarahan, Taman Tema Hologram Pertama Di Malaysia Dibuka Mac Ini
Kredit : FB D-Virtual Park

Tahukah anda bahawa taman tema realiti maya (VR) yang pertama di Malaysia bakal dibuka di Kota Samarahan, Sarawak? Taman tema yang diberi nama D-Virtual Park yang terletak di Jalan Meranek, Kota Samarahan ini khabarnya bakal dibuka pada minggu pertama bulan Mac depan.

Ada 7 Daya Tarikan Lengkap Teknologi Realiti Maya

Kredit : FB D-Virtual Park

Para pengunjung bakal menikmati tujuh daya tarikan yang lengkap dengan teknologi canggih. Antara daya tarikannya ialah kunjungan maya perayauan bebas, mainan tunggangan yang menyeronokkan serta medan pertarungan maya.

Kesemua daya tarikan ini mempunyai tahap kesesuaian berdasarkan tahap kemahiran para pemain.

Teater Hologram VR Pun Ada, Boleh Rasa Macam Real Life!

D-Virtual Park Samarahan, Taman Tema Hologram Pertama Di Malaysia Dibuka Mac Ini
Kredit : FB D-Virtual Park

Bukan itu sahaja, D-Virtual Park ini juga menyediakan pertunjukan teater hologram yang bakal membuatkan para penontonnya berasa seperti berada di dalam pertunjukan yang mereka tonton.

Bagi peminat industri penerbangan pula, taman tema ini juga menyediakan simulator kapal terbang yang dipanggil sebagai VR Elevation D’Luxe. Peminat permainan pertempuran pula mungkin boleh mencuba simulator pertempuran iaitu VR Knight Rider.

D-Virtual Park Samarahan, Taman Tema Hologram Pertama Di Malaysia Dibuka Mac Ini
D-Virtual Park Samarahan, Taman Tema Hologram Pertama Di Malaysia Dibuka Mac Ini. Kredit : FB D-Virtual Park
Kredit : FB D-Virtual Park

Menurut pihak D-Virtual Park ini, ia bukan sekadar taman tema biasa tetapi juga bakal menjadi sebuah ekosistem yang membina kreativiti golongan muda.

Untuk pengetahuan anda, taman tema ini merupakan taman tema tertutup. Kesemua permainannya ditempatkan di 9 buah blok bangunan tiga tingkat.

Selain daripada kemudahan taman tema, ia juga dilengkapi dengan kemudahan kafe yang diberi nama Giga Virtual Cafe. Kafe ini juga dibuka untuk tempahan majlis, sambutan serta keraian jamuan.

Kredit : FB D-Virtual Park

Difahamkan, sasaran pengunjung setahun ke sini adalah 500 ribu orang setahun. Apa lagi, masukkanlah taman tema ini dalam bucketlist anda.

D-Virtual Park kini sedang mengadakan promosi pembukaan dengan tawaran diskaun bayaran masuk sebanyak 50%. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka, D-Virtual Park Kota Samarahan

Kredit : FB D-Virtual Park

Dah masuk tahun 2020 gaiss, taman tema pun kenalah canggih dan maju kan?

Artikel Berkaitan

Back to top button