fbpx
Tempat Menarik

Gunung Matang, Lokasi Terbaru Untuk Hiking Santai Sambil Lihat Kuil Ala Batu Caves

Sarawak ada kuil macam di Batu Caves? Ini baru rare!

Gunung Matang, Lokasi Terbaru Untuk Hiking Santai Sambil Lihat Kuil Ala Batu Caves. Jangan terkejut jika kami katakan bahawa anda boleh melawat sebuah kuil Hindu ala-ala di Batu Caves, Selangor. Ya, anda boleh melihat kuil tersebut dengan mendaki Gunung Matang.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya mendaki atau hiking ke Gunung Matang melalui bebenang ciapan di laman Twitter beliau. Pengguna yang bernama @zul_narani ini telah memuat naik gambar-gambar pemandangan yang indah dan menarik sewaktu pendakian beliau ke puncak gunung.

Bukan itu sahaja, pendakian beliau ke puncak Gunung Matang menemukan beliau dengan sebuah kuil Hindu lama iaitu Kuil Sri Maha Mariamman yang masih dikunjungi oleh penganutnya sehingga ke hari ini.

25 hingga 30 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching

Perjalanan ke Gunung Matang ini mengambil masa selama lebih kurang 25 hingga 30 minit dari Bandaraya Kuching. Rujuk peta Google Map di bawah atau Waze untuk perjalanan ke sana.

Setibanya anda ke sini, anda perlu membayar sebanyak RM 5 untuk parkir kenderaan. Kadang kala, bergantung pada keadaan.

Sebaik-baiknya, anda digalakkan untuk mendaki pada waktu redup, atau sebelum cuaca terik. Pendakian pada hari hujan adalah tidak begitu digalakkan bagi mengelakkan jalan licin.

Trail jalan asphalt, sesuai untuk jogging dan berbasikal

Menurut Zul, Gunung Matang memiliki ketinggian sehingga 3000 meter. Walau bagaimanapun, gunung ini tidak memiliki trail seperti dalam hutan yang lain di mana anda perlu memanjat batu dan melalui jalan tanah. Trail nya boleh dikatakan telah dinaiktaraf menjadi jalan asphalt atau tar.

Jalan trail yang landai menjadikan Gunung Matang ini sesuai dijadikan tempat santai untuk seisi keluarga. Anda juga boleh berjoging, serta berjalan kaki secara santai. Malah, anda boleh menunggang basikal di trail ini. Wow!

Gunung Matang, Lokasi Terbaru Untuk Hiking Santai Sambil Lihat Kuil Ala Batu Caves
Gunung Matang, Lokasi Terbaru Untuk Hiking Santai Sambil Lihat Kuil Ala Batu Caves
Kredit : Twitter @zul_narani

Pemandangan alam sekitar sepanjang trail ini pula sangat menarik dan menyegarkan. Anda boleh melihat pelbagai jenis pokok hutan yang menghijau. Ia sekaligus mampu menerbitkan rasa tenang dan melepaskan tekanan anda setelah sekian lama berada di kawasan bandar yang padat dan sesak.

Gunung Matang, Lokasi Terbaru Untuk Hiking Santai Sambil Lihat Kuil Ala Batu Caves
Kredit : Twitter @zul_narani
Gunung Matang, Lokasi Terbaru Untuk Hiking Santai Sambil Lihat Kuil Ala Batu Caves
Kredit : Twitter @zul_narani

Kuil Hindu di puncak gunung yang instaworthy!

Di puncak Gunung Matang pula, terdapat sebuah kuil Hindu iaitu Kuil Sri Maha Mariamman yang cantik. Warna tangganya yang diselangi merah dan putih menampakkan keceriaan di hujung puncak Gunung Matang. Malah, kehadiran kuil ini dilihat sebagai sebuah tempat tarikan bonus apabila anda tiba di puncak.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mengambil gambar serta swafoto sepuas-puasnya di sini. Memang insta worthy!

Gunung Matang, Lokasi Terbaru Untuk Hiking Santai Sambil Lihat Kuil Ala Batu Caves
Kredit : Twitter @zul_narani
Kredit : Twitter @zul_narani
Kredit : Twitter @zul_narani
Gunung Matang, Lokasi Terbaru Untuk Hiking Santai Sambil Lihat Kuil Ala Batu Caves
Kredit : Twitter @zul_narani

Sesuai dijadikan lokasi pemanas badan untuk pendaki tegar

Bagi pendaki yang sukakan cabaran, mungkin Gunung Matang ini boleh dijadikan sebagai pemanas badan atau membina stamina kerana tiada cabaran dan laluan sukar yang harus anda tempuhi sepanjang perjalanan menuju ke puncak.

Sudah tentu, bagi pendaki tahap advanced, Gunung Matang boleh dikatakan kacang saja. Pendek kata, semua tahap pendaki boleh mencuba untuk mendaki di sini sama ada seorang pendaki beginner, intermediate, mahu pun advanced.

Anda juga boleh melihat pengalaman Zul mendaki Gunung Matang ini melalui video yang dimuat naiknya di laman Youtube ini :

Mungkin anda boleh menambah Gunung Matang ini dalam senarai destinasi hiking anda yang seterusnya. Jika anda pernah sampai ke puncak Gunung Matang ini, kongsikan pengalaman anda pula di ruangan komen.

Baca juga lokasi hiking lain yang menarik di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close