fbpx
Tempat Menarik

Ini 3 Lokasi Pasar Tamu Untuk Anda ‘Shopping’ Hasil Tani Rare Di Sarawak

Lokasi Wajib Pergi Kalau Singgah Ke Sarawak!

Ini 3 Lokasi Pasar Tamu Untuk Anda ‘Shopping’ Hasil Tani Rare Di Sarawak. Tahukah anda bahawa Sarawak terkenal dengan hasil tani yang sangat berbeza dan unik? Kadang kala, hasil jualan sebegini sukar untuk dijumpai di tempat lain selain pasar tamu atau market basah di Sarawak. Kalau ada pun, anda perlu pergi ke kampung-kampung dan bertanya sama ada barangan tersebut masih ada atau pun sudah habis. Ada juga yang bukan musim nya. Terutamanya hasil jualan tani.

Jika anda seorang pelancong yang sekadar suka untuk meneroka dan mengetahui apa jualan unik yang ada di Sarawak, di sini kami senaraikan pasar tamu yang anda wajib pergi di Sarawak. Dijamin ‘rare’!

1. Medan Niaga Satok @ Kubah Ria

Jika anda merupakan pelancong yang hanya berkesempatan ke Bandaraya Kuching, silalah berkunjung ke sini kerana anda boleh melihat pelbagai hasil tani dan buah-buahan segar dijual di sini. Bukan itu sahaja, terdapat juga penjaja yang menjual pokok bunga serta barangan basah seperti ikan, ayam dan makanan laut yang segar. Cenderahati untuk dibawa pulang juga boleh didapati di sini. Contohnya seperti ikan terubok masin. Jangan risau, harga yang diberikan juga sangat berpatutan mengikut saiz dan jumlah yang ingin dibeli. Siap packaging sekali tau!

Ini 3 Lokasi Pasar Tamu Untuk Anda 'Shopping' Hasil Tani Rare Di Sarawak
Kredit : Twitter @ZainalAbidinYR
Kredit : Travel Diary
Ini 3 Lokasi Pasar Tamu Untuk Anda 'Shopping' Hasil Tani Rare Di Sarawak
Kredit : Traveloka
Kredit : Traveloka
Kredit : Traveloka
Kredit : Traveloka

2. Pasar Basah Serian

Bagi anda yang ‘adventure’ dan gemar untuk berjalan luar dari kawasan Kuching, Pasar Basah Serian juga mempunyai hasil jualan yang unik dan jarang dijumpai. Ia terletak kira-kira 45 minit dari Bandaraya Kuching. Kebanyakan peniaga yang ada di sini berasal dari kampung-kampung sekitar daerah Serian. Ada juga hasil jualan yang ditanam dan ditangkap sendiri oleh penjaja untuk jualan mereka di pasar basah.

Pasar Basah Serian ini agak luas, jadi bahagian penjajanya juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti bahagian hasil jualan tani, kedai runcit, bahagian buah-buahan, pusat penjaja makanan dan pasar basah yang menjual ayam dan makanan laut. Sekali sekala, anda akan melihat pelancong asing begitu teruja untuk mengambil gambar di pasar tamu ini kerana warna-warni jualan dan aneka ragam manusia.

Penggemar hasil tani boleh mencuci mata dengan kesegaran sayur midin, paku uban, ensabi, cendawan sawit, ulat mulong, asam paya/asam kelubi, tepus, buah pelajo, terung asam, buah kristal dan banyak lagi.

Ini 3 Lokasi Pasar Tamu Untuk Anda ‘Shopping’ Hasil Tani Rare Di Sarawak. Kredit : BorneoTalk

Jika anda penggemar kraftangan anyaman, pasti tumpuan anda akan terarah ke gerai beberapa penjaja yang menjual produk anyaman yang berwarna-warni. Bukan itu sahaja, anda juga dapat melihat para penjaja menganyam dengan santai sambil menunggu produk jualan mereka mendapat perhatian pelanggan. Produk buatan tangan lain seperti papan pemotong dan parang juga antara yang anda boleh temui di pasar unik ini.

Ini 3 Lokasi Pasar Tamu Untuk Anda 'Shopping' Hasil Tani Rare Di Sarawak
Kredit : BorneoTalk
Kredit : BorneoTalk

3. Pasar Sentral Sibu

Untuk pengetahuan anda, Pasar Sentral Sibu ini merupakan pasar tamu yang terbesar di Malaysia. Setibanya anda di sini, anda patut mempersiapkan mental dan fizikal anda kerana ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam untuk meninjau pasar tamu ini. Walau pun pasar ini agak luas, namun anda akan berasa puas hati dengan pemandangan di pasar sentral ini kerana seksyen penjajanya sangat teratur.

Di sini, anda berpeluang untuk membeli pelbagai produk makanan tempatan seperti belacan bintulu, ikan kering dan ikan salai. Paling menarik perhatian ialah terdapat gerai menjual ayam dan itik hidup yang dibalut dengan menggunakan surat khabar. Ia merupakan trademark Pasar Sentral Sibu kerana pemandangan ini tidak terdapat di mana-mana pusat penjaja di Sarawak.

Pasar Sentral Sibu juga menjadi pusat jualan utama buah ikonik Sarawak iaitu dabai. Jika anda tiba ke sini pada musim buah dabai, pasti anda melihat perang harga antara peniaga di sini. Masing-masing menjual dengan tawaran harga yang paling berbaloi dengan kualiti buah yang lunak.

Pendek kata, apa-apa sahaja yang ada di Sarawak pasti anda temui di pasar sentral ini. Dari kek lapis hingga lah ayam hidup!

Ini 3 Lokasi Pasar Tamu Untuk Anda 'Shopping' Hasil Tani Rare Di Sarawak
Kredit : Borneo Dihati

Kesimpulannya, jika anda bosan dengan destinasi pelancongan bandar dan ingin melihat sesuatu yang lebih lokal, jangan lupa singgah ke pasar tamu di Sarawak!

Artikel Berkaitan

Back to top button