fbpx
Tempat Menarik

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu

Siapa ada plan nak ke Lundu minggu ini? Boleh try usha tempat penginapan ini.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu. Selain menginap di hotel di kawasan bandar, anda sebenarnya boleh menginap di rumah inap yang selesa. Tambahan pula, rumah inap selalunya mempunyai nilai tambah seperti pemandangan yang cantik serta kemudahan yang mencukupi.

Bagi anda yang sedang mencari penginapan seperti ini, Airbnb mempunyai senarai penginapan yang steady seluruh dunia termasuk lah di Lundu, Sarawak. Walau pun nama tempat penginapan ini jarang didengar, rating daripada pengunjung yang pernah menginap di sini adalah tinggi. Review mereka juga bagus-bagus belaka.

Jadi, apa kata anda baca sedikit info yang kami sediakan ini sebelum membuat tempahan di laman Airbnb. Ayuh!

1. Siar Tranquil

Berkonsepkan rumah inap separuh kaca, Siar Tranquil ini merupakan lokasi penginapan yang sempurna untuk getaway anda. Anda boleh bersantai di luar rumah sambil menikmati pemandangan Laut China Selatan diselangi deruan ombak yang menenangkan.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu

Bukan itu sahaja, rumah yang mempunyai reka bentuk unik dan moden ini mengambil adaptasi pengaliran udara dari seni bina rumah tradisional Melayu. Ini sekali gus memberikan anda keselesaan dan kenyamanan angin segar walau pun tanpa pendingin hawa.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu

Setiap bilik tidur pula dilengkapi dengan bilik air tersendiri. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda mahukan sedikit privasi dari aspek itu jika anda tinggal di sini.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu

2. Lundu Basaga Holiday Resort

Resort tepi pantai Lundu ini merangkumi 12 unit villa tersendiri yang dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang.

Sebuah villa boleh menempatkan sehingga 4 orang dewasa sekaligus dengan perkongsian bilik mandi separa terbuka serta tab mandi di halaman belakang.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu

Jika anda memilih untuk menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk bersiar-siar di tepi pantai. Jika anda bernasib baik, anda akan menjumpai spesis monyet yang istimewa di Borneo iaitu monyet belanda atau Proboscis monkey.

Dikelilingi pokok kelapa yang melambai serta pemandangan laut yang memukau, percutian anda ke sini pastinya tidak akan mengecewakan.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu

3. Tebero Wilderness

Rumah batu bata yang comel ini pula terletak di Kampung Tebero, Jalan Lundu-Sematan. Bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan bandar dan tinggal di persekitaran sunyi dan aman buat sementara waktu, rumah ini merupakan tempat yang terbaik untuk anda.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu

Dilengkapi dengan kemudahan berkongsi seperti televisyen beserta siaran Astro Byond, dapur, dan tempat jemuran, rumah satu bilik ini boleh didiami oleh 4 orang tetamu. Anda disarankan untuk datang ke sini menggunakan kenderaan sendiri kerana kawasan ini tiada capaian Grab atau perkhidmatan e-hailing.

Jika anda ingin melakukan tugasan anda secara online, ini bukan lah tempat nya kerana tiada WiFi disediakan untuk anda. Tetapi ambil lah kesempatan ini untuk menikmati suasana di tengah hutan dan luangkan masa bersama rakan-rakan anda dengan aktiviti seperti BBQ, menonton televisyen atau bersembang sambil menikmati teh atau kopi.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu

4. Kabana Kampung

Rumah inap ala-ala kotej kabin ini pula terletak tidak jauh dari jalan menuju ke Feri Rambungan. Walau kawasan penginapan ini agak kecil jika dilihat dari luar pagar, anda sebenarnya boleh melihat pemandangan Sungai Rayu, Gunung Serapi dan pokok-pokok bakau dari halaman rumah ini sahaja.

Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu
Ini 4 Senarai Tempat Penginapan Airbnb Yang Steady Di Lundu

Kabana Kampung ini sesuai untuk pengembara solo atau duo kerana ia hanya menawarkan satu bilik tidur dengan sebuah katil bersaiz queen. Ruangan dalamannya pula tampak moden tetapi tetap mengekalkan elemen kayu untuk mengangkat ‘vibe’ tribal.

Walau bagaimanapun, jika anda inginkan pengalaman yang dipandu sepenuhnya oleh pemilik kotej kabin ini, mereka sedia membantu anda dengan pakej yang berlainan.

Antaranya ialah mengambil dan menghantar anda ke lapangan terbang, sewaan kenderaan pacuan empat roda atau SUV, penelusuran sungai (river cruise) dan trip bot, serta pandu arah.

Hmm, boleh tahan juga kan?

Bagaimana? Adakah anda bersedia untuk menikmati penginapan yang lain daripada yang lain?

Yang penting, selesa dan bersih.

Sambil-sambil itu, boleh lah anda makan angin sekali ke pantai-pantai di sekitar Lundu dan Sematan ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close