fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Menarik

Ini Adalah 5 Pasar Malam Di Sekitar Kuching Yang Anda Boleh Kunjungi

Kedung BK Oleh Kedung BK
6 Mac 2020
Ini Adalah 5 Pasar Malam Di Sekitar Kuching Yang Anda Boleh Kunjungi
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sekali-sekala kita raon-raon pasar malam laaa…

Ini Adalah 5 Pasar Malam Di Sekitar Kuching Yang Anda Boleh Kunjungi. Selain di kompleks beli-belah, anda patut cuba berkunjung ke pasar malam untuk mencari tawaran-tawaran baik! Anda tidak akan hanya jumpa tawaran hebat untuk pakaian, tetapi anda akan mendapati diri anda ditenggelami dengan pelbagai makanan ditawarkan. Jum kita tengok pasar-pasar malam yang kini best dikunjungi!

Ini Adalah 5 Pasar Malam Di Sekitar Kuching Yang Anda Boleh Kunjungi. Kredit: Giphy

Uptown, Satok

Beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, pasar malam ini merupakan antara pasar malam yang terkenal di Kuching. Ia terletak di Civic Centre dan hanya 5 minit perjalanan dari Waterfront Kuching. Sebagai satu usaha dibuat oleh Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok untuk membantu peniaga kecil memasarkan produk mereka dengan kos sewa yang minimal, anda akan diberi banyak pilihan makanan serta barangan lain seperti baju, aksesori dan sebagainya!

ADVERTISEMENT
Rupa macam kecil dari pemandangan ini tetapi kalau sudah berada di dalam, ternyata banyak pilihan makanan dan minuman serta pakaian dan aksesori menanti anda! Kredit: Facebook Youth Uptown Civic Centre

Uptown Metrocity Matang

Terletak di Petrajaya, 15 minit dari Pusat Bandar Kuching, pasar Malam ini adalah inisiatif Persatuan Penjaja N6 Tupong. Terdapat lebih dari 100 gerai di sini yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan juga barangan fizikal yang lain seperti jersi, beg tangan dan sebagainya. Anda boleh berkunjung ke sini mulai hari Rabu, dimana ia akan beroperasi sehingga ke hari Sabtu.

Pasar Seni Jalan Haji Taha

Yang dahulunya bangunan kini menjadi tapak untuk salah satu pasar malam terbaharu di Kuching (okay lah, sik lah baru gilak tapi kira baru juak lah berbanding dengan pasar malam lain, hehe.) Beroperasi dari hari Rabu sehingga ke hari Sabtu, anda akan ditawarkan pelbagai jenis makanan, minuman dan juga barangan untuk anda membeli belah. Jadi bagi mereka yang bundle fans, anda boleh cuba berkunjung ke sini untuk melihat tawaran-tawaran bundle yang berpelbagaian. Anda juga akan jumpa gerai-gerai yang menjual pakaian seperti baju batik dan lain-lain lagi!

ArtikelBerkaitan

Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia

Trip Ke ‘Big Ben’ Tahun Ini Terpaksa Cancel? Kunjungi tHe Spring, Bintulu Untuk Menikmati ‘Vibe’ London!

Legakan kehausan anda dengan pelbagai minuman yang ditawarkan untuk anda. Kredit: Youtube

Pasar Malam MPKS – UniGarden

Beroperasi setiap hari dari pukul 5PM – 12AM , pasar ini menawarkan pelbagai gerai makanan seperti nasi goreng, mee goreng, satay dan sebagainya. Terdapat juga pelbagai jenis minuman dan ada juga busker-busker yang menghiburkan anda sementara anda menikmati makanan dan minuman.

ADVERTISEMENT
Pelbagai makanan menanti anda di sini!

Uptown Kota Samarahan

Alang-alang anda pergi ke Samarahan, anda boleh juga cuba berkunjung ke Uptown Kota Samarahan pada hujung minggu. Selain makanan dan minuman yang berpelbagaian, ia juga memberi pilihan barangan lain seperti baju dan aksesori!

Hidangan salah satu gerai di pasar malam ini. Kredit: Facebook Mohd Hafizuddin via Pasar Malam Desa Ilmu
Minat barang bundle? Di sini juga ada jual pelbagai jenis barang bundle untuk pilihan anda! Kredit: Facebook Sinopha Bag Bundle via Pasar Malam Desa Ilmu

Mana Lagi Port Best?

Selain yang disenaraikan, mana lagi pasar malam yang bagi anda best? Komen dan jangan lupa share!

ADVERTISEMENT
Kredit: Giphy
Share22667Tweet140SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy