fbpx
Tempat Menarik

Ini Adalah 7 Aktiviti Rileks Yang Boleh Dibuat Di Ranau, Sabah

Mencari Escape Dari Bandar?

Ini Adalah 7 Aktiviti Rileks Yang Boleh Dibuat Di Ranau, Sabah. Ranau terkenal dengan suasana pekannya yang damai. Kira-kira 2 jam lebih dari Kota Kinabalu, anda tidak akan menemui kesibukkan di sini. Sebaliknya, anda akan terpikat dengan ketenangan Ranau dan sekiranya anda berminat untuk meluangkan masa cuti dengan melakukan aktiviti yang rileks, berikut adalah senarai aktiviti anda boleh cuba di Ranau!

Ini Adalah 7 Aktiviti Rileks Yang Boleh Dibuat Di Ranau, Sabah. Kredit: Giphy

Spa Ikan

Ingin santai-santai merendam kaki di dalam air sungai sambil menikmati geselan ikan-ikan yang jinak? Terdapat dua kawasan anda boleh kunjung iaitu Bombon Kampung Marakau dengan Tagal Sungai Moroli!

Tagal Sungai Moroli terletak di Kampung Luanti Baru dan spa ikan yang dikhidmatkan merupakan salah satu aktiviti yang ditawarkan oleh Kampung Luanti. Dalam dialek KadazanDusun tempatan, ‘tagal’ bermaksud ‘dilarang memancing’ dan tujuan utama ‘tagal’ adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk memberi manfaat kepada generasi akan datang. Ikan yang ada di dalam sungai Moroli adalah ikan pelian dan secara khusus dilatih oleh penduduk kampung untuk melakukan aktiviti urutan penyembuhan. So interesting!

Dikatakan urutan ikan ini mempunyai kesan penyembuhan pada mereka yang mengalami psoriasis. Yuran masuk ke spa ikan ini adalah RM2 seorang dan tambahan RM5 sekiranya anda nak masuk dengan kamera. Setiap kumpulan akan diberi masa 15 minit untuk satu sesi urutan ikan.

Eh, ada ikan keli! Kredit: Aroma Asian

Fish Spa Bombon Kampung Marakau terletak 10 minit dari pekan Ranau. Di sini tiada had masa untuk meluangkan masa semasa merendam kaki, dari pagi sampai petang pun jadi lah! Yang membezakan lagi spa ikan Bombon Kampung Marakau dengan Tagal Sungai Moroli adalah jenis ikan yang ada di dalam sungai tersebut iaitu ikan koi dan bukan jenis ikan yang makan kulit-kulit mati seperti di Tagal Sungai Moroli. Anda akan terkagum dengan warna ikan koi yang berwarna-warni di dalam sungai jernih itu sambil menikmati keindahan alam semula jadi di sekeliling.

Yuran masuk ke spa ikan ini adalah RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. 1 pek baja ikan per person akan diberi secara percuma semasa daftar dan tambahan RM1 untuk tambahan.

Anda akan terpersona oleh ikan-ikan koi yang berwarna terang! Kredit: ieyra.com

Kolam Air Panas Poring

Poring terletak 2 jam dari Kota Kinabalu dan nama tempat ini berasal dari perkataan Kadazandusun untuk spesies buluh yang ditemui di sekitar kawasan. Kolam air panas terletak di dataran rendah dan dikelilingi oleh hutan. Dikatakan perendaman dalam kolam air panas yang dipenuhi mineral adalah baik untuk kesihatan dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga santai dan salah satu cara yang baik untuk de-stress serta melegakan apa-apa sakit atau kesakitan yang mungkin anda miliki.

Kredit: befreetour

Kolam air panas yang bergaya ala-ala Jepun ini terdiri daripada mandian berjubin udara terbuka dengan paip saluran air yang anda boleh isi dengan air tawar dari kolam air panas. Jika anda seorang pemalu, terdapat juga mandian tertutup dalam gazebo-chalet seperti tempat perlindungan yang menawarkan privasi lebih.

Kredit: MySabah.com

Selain berendam dalam kolam air panas, anda sekeluarga pun boleh melakukan aktiviti santai yang lain seperti melawat ladang rama-rama, pusat konservasi orkid, taman tropika, laluan kanopi (dikatakan tertinggi di negeri Sabah), atau melakukan aktiviti trekking. Anda akan menghadapi beberapa flora dan fauna yang menarik seperti bunga terbesar di dunia iaitu bunga rafflesia, serta pelbagai burung, serangga dan monyet liar!

Kipungit Waterfall Poring

Terletak 15 minit dari Kolam Air Panas, Poring, air terjun ini merupakan air terjun paling senang diakses di Poring. Kawasan air terjun ini sesuai untuk melakukan aktiviti berenang dan berkelah. Terdapat juga kemudahan seperti jamban dan tempat berkelah sedia ada untuk anda.

Kredit: TripAdvisor

Langganan Waterfall Poring

Juga terletak dalam kawasan Poring tetapi 3.3km dari Kolam Air Panas, anda akan terkagum dengan ketinggian air terjun ini yang setinggi 120 meter! Untuk mendaki ke sini, anda dikehendaki untuk membayar yuran konservasi berjumlah RM3. Bagi tujuan keselamatan, anda tidak dibenarkan untuk pergi ke sini selepas pukul 2pm. Anda juga dicadangkan untuk membawa baju hujan serta bekalan makanan sendiri. Terdapat lintah sepanjang jalan, jadi anda dicadangkan untuk menggunakan stokin anti-lintah. Setelah mendaki beberapa jauh, anda akan memasuki kawasan hutan yang lebih dan sekitarnya tidak menjadi mesra pelancong. Trail hutan ke Langganan agak curam hanya pada awal trek namun setelah sampai ke destinasi, anda akan rasa berbaloi apabila melihat air terjun Langganan yang megah dan indah!

Jangan lupa untuk sign-off di kaunter tiket untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan bahawa anda sudah pulang dari air terjun Langganan dengan selamat. Kalau tak, mereka akan betul-betul hantar pasukan penyelamat untuk mencari anda!

Dikatakan air terjun ini adalah antara air terjun tertinggi di Sabah, if not, yang tertinggi! Kredit: Amos Winter

Tambiau Forest House

Terletak 15 minit dari pekan Ranau, Tambiau Forest House merupakan sebuah lokasi pusat peranginan menarik yang menawarkan kemudahan penginapan dan riadah. Di sini, anda akan menikmati pelbagai kemudahan yang menawarkan pengalaman menarik hidup dalam suasan hutan dengan adanya udara segar dan kehijauan alam semulajadi. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah bekalan elektrik dari jam 6 petang hingga 10 malam, kenderaan pengangkutan 4×4 dan rumah di atasa pokok!

Kredit: Twitter
Kredit: Twitter

Terdapat dua pakej hiking setakat ini yang ditawarkan iaitu pakej Dayhike dan pakej Sunrise. Untuk pakej Dayhike, ia akan mula selepas 6am dan setiap pendaki akan dikenakan yuran konservasi berjumlah RM6. Bayaran guide untuk sekumpulan adalah RM45 (hanya seorang guide sahaja bagi sekumpulan sebanyak 10 orang). Jadi kalau bahagi 10 orang, seorang akan bayar RM10.50 (yuran konservasi + yuran guide)

Kredit: InfoSantai

Untuk pakej Sunrise, ia akan bermula pada pukul 4am. Yuran konservasi adalah RM6 seorang dan seperti yang di atas, seorang guide untuk sekumpulan yang berjumlah 10 orang akan ditawarkan. Tapi, yuran nya mahal RM10 daripada yuran pakej Dayhike iaitu RM55. Jadi, kalau bahagi 10 orang, seorang akan bayar RM11.50 (beza seringgit).

Kredit: Percutian di Sabah

Harga akan berubah mengikut jumlah peserta, ya! Selain itu, sekiranya anda menyertai mana-mana aktiviti hiking ini, anda perlu membawa barang seperti ubat-ubatan sendiri sekira mempunyai masalah kesihatan, baju hujan, tongkat (walking stick), headlamp dan gunakan pakaian sesuai untuk hiking!

Dompurungon Hill

Terletak 4.1km dari Pusat Bombon Marakau Ranau, bukit Dompurungon menawarkan pemandangan yang indah, dengan adanya segi bentuk alam semulajadi yang menyejukkan mata serta sebuah air terjun semula jadi di Sungai Kibundu terletak berhampiran denai laluan menuju puncak bukit berkenaan. Anda akan rasa tercabar ketika mendaki bukit ini dengan tahap fizikal diuji dan ketahanan mental namun ketika sampai ke puncak, anda akan rasa berbaloi apabila dianugerahkan dengan pemandangan pekan Ranau dari puncak Bukit Dompurungon!

Pemandangan pekan Ranau dari puncak Bukit Dompurungon. Kredit: Amos Winter

Tandem Paragliding Park Ranau

Langkawi bukan satu-satunya mempunyai aktiviti paragliding, malah di Ranau ada juga aktiviti ini! Oleh kerana Ranau terletak di kawasan yang tinggi iaitu setinggi 1176 meter di atas paras laut, aktiviti paragliding boleh dilakukan di sini juga. Bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti yang lebih ekstrem, anda boleh cuba aktiviti ini untuk merasai dos adrenaline rush!

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti ini, anda boleh klik sini untuk membaca artikel kami sebelum ini mengenai tandem paragliding.

Sesuai Untuk Mereka Yang Minat Aktiviti Outdoor

Sekiranya anda nak melarikan diri dari kesibukkan kehidupan di bandar, Ranau adalah salah satu destinasi yang sesuai untuk anda! Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan sesuai dibuat pada hujung minggu, jadi sekiranya anda berada di bandar Kota Kinabalu pada masa seminggu, anda boleh cuba luangkan masa untuk singgah ke sini untuk mencuba aktiviti-aktiviti outdoor ini! Komen pengalaman anda sekiranya anda sudah cuba salah satu atau semua aktiviti di atas dan jangan lupa share!

Kredit: Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button