fbpx
Tempat Menarik

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak

Adakah anda bersedia untuk hidup norma baharu?

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak. Semenjak PKP dikuatkuasakan, semua warga Malaysia telah terjejas terutamanya dari segi pergerakan. Dengan adanya PKPB yang telah dikuatkuasakan sejak 4 Mei yang lepas, kawalan pergerakan telah dilonggarkan namun kita perlu sentiasa ada kesedaran untuk menjaga diri ketika di luar.

Bagi mereka yang teringin untuk escape dari kesesakan di bandar, anda boleh lakukannya dengan selamat iaitu mengunjungi tempat penginapan yang mesra norma baharu seperti berikut. Untuk peringatan anda, anda dikehendaki untuk terus mengamalkan penjarakan sosial sekiranya anda berada di luar dan amalkan pembersihan tangan yang kerap.

Mendung Escape (Sarawak – Singai, Bau)

Terletak di kaki gunung di Singai, tempat penginapan ini memerlukan anda untuk hiking selama 30 minit sebelum tiba ke destinasi. Setibanya anda di Mendung Escape, pendakian anda pasti rasa berbaloi kerana pemandangan yang indah dari atas ini. Sekiranya timing anda cun, anda akan melihat awan di bawah anda.

Ketahui lebih lanjut di Facebook: Mendung Escape

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak
Pemandangan yang indah dari Mendung Escape. Kredit: AirBnB

Eko Pelancongan Kalangadanku (Sabah – Kampung Nahaba, Kota Belud)

Antara eko pelancongan anda perlu berkunjung sekiranya anda di Sabah adalah Eko Pelancongan Kalangadanku. Terletak di Kampung Nahaba, Kota Belud, pelbagai aktiviti alam semulajadi ditawarkan untuk keseronokkan anda. Antaranya ialah bersantai tepi sungai, bermandi manda, menaiki rakit buluh dan pelbagai lagi.

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak
Kredit : Twitter @nokokito

Sekiranya anda mahu melihat pemandangan yang indah, anda boleh berjalan di atas jambatan yang dibina khas merentasi Sungai Wariu. Sesuai sebagai backdrop untuk mengambil gambar, anda akan dikelilingi keindahan alam di Kampung Nahaba. Terdapat juga ‘sulap’ atau pondok kecil yang didirikan di tepi Sungai Wariu sekiranya anda berminat untuk bermalam di sana.

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak
Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Facebook mereka: Eko Pelancongan Kalangadanku

Pinggir Siak (Sarawak – Singai, Bau)

Juga terletak di Singai, kabin ini terletak bersebelahan dengan sungai yang jernih. Untuk pengetahuan anda, pemilik kabin ini juga pemilik Mendung Escape dan turut mempunyai persamaan iaitu menawarkan pemandangan indah kepada para pengunjung. Jadi, sekiranya anda sudah menginap di Mendung Escape, jangan lupa pula give this place a try!

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak

Anda dikehendaki untuk park kereta anda di sebuah perumahan berdekatan dan trek lebih kurang 15 minit dalam hutan berhampiran dengan sungai untuk tiba ke destinasi.

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak

Kabin yang disediakan mempunyai kelengkapan yang lengkap, termasuk sebuah dapur dipenuhi dengan perkakas siap dengan peti sejuk dan peti sejuk beku (sesuai untuk menyimpan daging mentah) dan bagi mereka yang suka BBQ, sebuah BBQ pit disediakan siap dengan kayu untuk dibakar (of course, anda digalakkan untuk membawa arang sendiri). Semestinya anda akan menikmati penginapan anda dengan adanya kelengkapan disediakan untuk kemudahan anda.

Salah satu kabin yang ada di Pinggir Siak.

Anda boleh tahu lebih lanjut di sini: Facebook Pinggir Siak

Boyan Heights (Sarawak – Siburan)

Tempat penginapan ini diletak di tengah-tengah kawasan eko pelancongan Padawan, bersebelahan dengan Kampung Git. Anda akan mempunyai akses kepada rumah panjang tradisional, trekking dan banya lagi aktiviti yang menarik melalui Boyan Heights.

Kredit: Leo Hu

Bilik yang disediakan mempunyai balkoni untuk anda menikmati pemandangan mengagumkan berhadapan dengan gunung.
Ketahui lagi di sini: Facebook Boyan Heights

Tegudon Tourism Village (Sabah – Kota Belud)

Bukan sahaja terkenal dengan eko-pelancongan, tetapi ia juga dikenali sebagai destinasi astro-tourism. Hal ini kerana anda boleh melihat fenomena stargazing dan milky way yang indah pada waktu malam. Sekiranya anda berkunjung ke sini semasa musim sawah padi, anda bakal melihat pemandangan yang serbau hijau tatkala meniti jambatan merentasi sungai di tempat penginapan ini.

Kredit: HCShi

Jika anda menginginkan pemandangan yang lebih wow, anda boleh melihat pemandangan Gunung Kinanbalu dari atas jambatan tersebut pada awal pagi atau senja. Anda juga boleh melakukan aktiviti berkhemah, trekking, mendaki dan melihat bintang di sini.

Kredit: JomJalan

Untuk pergi ke sini, anda boleh memilih untuk menggunakan pilihan berikut:

  • Dari Kota Kinabalu – Kota Belud (1 jam 35 minit) : Bas ekspres dari Terminal Bas Jalan Padang, Bandaran Berjaya (Anggaran RM10) / Sewa kereta
  • Dari Kota Belud – Tegudon Tourism Village (30 minit) : Teksi / Kereta Sewa
Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak
Kredit: JomJalan

Anda boleh mengunjung Facebook Tegudon Tourism Village (TTV) untuk maklumat lanjut.

Tambatuon Eco-Village (Sabah – Kota Belud)

Bagi mereka yang minat aktiviti lasak seperti water rafting, anda boleh melakukan aktiviti tersebut di Tambatuon Eco-Village. Aktiviti ini dipanggil tubing kerana anda bakal menelusuri sungai dengan menggunakan pelampung tayar.

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak

Anda juga boleh mendaki Gunung Nungkok yang berketinggian 1652 meter dan melihat puncak Akinabalu dari sana. Tempat penginapan ini merupaka salah satu port stargazing yang ada di Kota Belud selain Tegudon Tourism Village.

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak
Kredit: TripAdvisor

Sila layari Facebook Tambatuon Eco Village untuk mengetahui lebih lanjut.

Rumah Bakti (Sarawak – Sungai Rayu, Matang)

Terletak berhampiran Sungai Rayu, tempat penginapan ini menawarkan pemandangan sungai dan berlatar belakangkan gunung. Rumah Bakti ini dikelilingi oleh flora dan fauna serta paya bakau. Dengan hanya 30 miniti dari Bandaraya Kuching, anda akan meikmati ketenangan yang disediakan oleh tempat penginapan ini.

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak

Untuk menyemak harga terkini, sila layarai AirBnB Rumah Bakti

The Glass Villa Borneo Highlands Resort (Sarawak – Kota Padawan, Kuching)

Sekiranya anda berminat untuk mengunjung ke Borneo Highlands, anda boleh cuba untuk menginap di The Glass Villa. Ia terletak di Borneo Highland dan sesuai untuk anda yang mahu berehat dan bersantai bersama keluarga dan sahabat-sahabat anda yang tersayang.

Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak

Lebih lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close