fbpx
Tempat Menarik

Inilah 5 Port Penjualan Bunga Jambak Sempena Hari Valentine Di Kuching

Inilah 5 Port Penjualan Bunga Jambak Sempena Hari Valentine Di Kuching. Aaa… tahu ada mun Valentine’s Day dah dekat, start lah gerai-gerai bunga buka kat tepi jalan.

Bagi mereka yang rushing nak balik dari kerja untuk sambut hari kekasih ini dengan orang tersayang tetapi tidak sempat untuk buat tempahan bunga di kedai bunga, jangan risau! Anda boleh singgah di tepi jalan untuk membeli bunga jambak buat kekasih, yang penting it’s the thought that matters, kan?

Kebiasaannya, gerai-gerai bunga ini akan buka di mana-mana stesen bas tapi kami akan memberi tumpuan kepada gerai bunga di kawasan tertentu.

Inilah 5 Port Penjualan Bunga Jambak Sempena Hari Valentine Di Kuching. Kredit: ChopsticksAndSecrets

MJC New Township

Bagi mereka yang berdiam di berhampiran MJC New Township, Batu Kawah, anda boleh singgah di kawasan ini di mana beberapa gerai bunga akan didirikan di tepi jalan.

Inilah 5 Port Penjualan Bunga Jambak Sempena Hari Valentine Di Kuching
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Sydney CBD Florist

Ban Hock

Jika anda berada di kawasan pusat bandar, anda boleh bersinggah di gerai-gerai bunga yang didirikan di tepi jalan kawasan Ban Hock. Gerai-gerai ini akan bermula daripada kedai Lok-Lok sehingga ke hujung jalan.

Inilah 5 Port Penjualan Bunga Jambak Sempena Hari Valentine Di Kuching
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Lena’s Floral Designs

Taman Sahabat

Memang patut lah dirikan gerai bunga sitok, sebab bunga-bunga yang akan dibeli khas pakai sahabat yang special. Eh!

Sebelum pergi ke wayang atau makan malam dengan pasangan, boleh juga singgah ke sini untuk membeli bunga atau hadiah untuk pasangan, alang-alang naik ke pusat bandar kan? Hehe!

Inilah 5 Port Penjualan Bunga Jambak Sempena Hari Valentine Di Kuching
Taman Sahabat. Kredit: yelp

Premier 101

Hati-hati ketika driving di sini sebab kawasan ini mudah sesak terutamanya masa orang balik dari kerja atau masa dinner time. Terdapat banyak kedai makanan yang terletak di sini jadi memang jalan ini akan sesak dengan mudah.

Anda boleh juga gunakan kesempatan ini untuk membawa pasangan anda makan di kawasan ini dan curi-curi beli sejambak bunga dari gerai yang ada disini.

Kredit: Prince.org

Hospital Timberland

Bukan bunga pakai beri member dalam hospital, aok?

Sekiranya anda di kawasan Batu Tiga, anda boleh singgah ke gerai bunga berhampiran dengan Hospital Timbaland.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: SCENTALES

Masih Ada Masa Untuk Menempah?

Sekiranya anda berminat untuk menempah gubahan bunga atau coklat (atau bunga DENGAN coklat sekali dalam satu gubahan), anda boleh menempah daripada Wawai Gifts. Mereka boleh menyediakan gubahan bunga coklat dalam pelbagai tema mengikut permintaan pelanggan!

Salah satu gubahan bunga coklat yang dibuat oleh WAWAI GIFTS. Kredit: Facebook WAWAI GIFTS

Jika anda lupa untuk menempah bagi pasangan anda, anda masih boleh membeli bunga di mana-mana gerai yang disenaraikan di atas. Sayang lokkk!

Di mana lagi port membeli bunga selain kawasan-kawasan di atas? Komen dan jangan lupa share!

Baca Artikel Kami Yang Lain

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/persembahan-hafiz-suip-di-ajl34-living-proof-orang-sarawak-paling-romantik/
http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/sarawak-paling-romantik-di-malaysia-menurut-kajian-ini/

Artikel Berkaitan

Back to top button