fbpx
Tempat Menarik

Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak

Terletak jauh dalam hutan

Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak. Terdapat pelbagai air terjun lain di sekitar Taman Negara Usun Apau, Miri seperti air terjun Selio, Koya, dan Kotak (Putak) tetapi air terjun yang terkenal ialah air terjun Julan. Dengan ketinggian 300 meter, air terjun ini adalah air terjun tertinggi di Sarawak.

Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak
Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak

Dibahagi kepada 2 bahagian

Air terjun Julan dibahagi kepada 2 bahagian iaitu Air Terjun Julan Barat dan Air Terjun Julan Timur.

Untuk datang ke sini, ia bukan semudah disangka. Persediaan yang rapi perlu dilakukan kerana pendakian ke air terjun ini memerlukan usaha yang tekun.

Salah satu lagi faktor anda perlu timbangkan adalah anda hanya boleh gunakan kenderaan 4WD untuk perjalanan. Hal ini kerana tiada jalan tar disediakan, jadi hanya kenderaan 4WD sahaja selamat lalui jalan tersebut. For this, you’ll require a local guide sebagai pemandu, of course!

Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak
Anda hanya diberi pilihan untuk gunakan jalan balak untuk pergi ke Jambatan Julau. Kredit: STB

Selain itu, anda akan perlu bantuan penduduk tempatan sekitar untuk pergi ke sini. Oleh kerana tiada trail disediakan, anda perlu bergantung kepada mereka untuk menggunakan naluri mereka bagi membawa anda ke tempat ini.

Perjalanan 7 jam dari Miri, 9 jam trek ke air terjun

Untuk pergi ke sini, anda akan gunakan jalan balak dari bandaraya Miri. Jarak antara Miri dan Jambatan Julan adalah 274km, sekitar 7 jam.

Setelah tiba di jambatan tersebut, anda akan mula trekking yang akan mengambil masa lebih kurang 9 jam ke air terjun Julan.

Menurut sumber, trail yang digunakan untuk pergi ke air terjun dikatakan dalam keadaan teruk. Oleh kerana tiada jalan yang jelas, guide anda akan menggunakan naluri sahaja sepanjang jalan. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui banyak kebun yang berduri manakala 70% laluan adalah lumpur.

Hati-hati dengan lintah

Sumber turut berkata 95% laluan mempunyai lintah dan banyak serangga yang menghisap darah. Sediakan penghalau serangga!

Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak
Gambar sekadar hiasan.

Anda juga harus timbangkan bekalan air anda. Oleh kerana anda akan luangkan masa 9 jam untuk mendaki ke air terjun ini, anda kemungkinan akan kekurangan bekalan air. Untuk mengatasi masalah kekurangan air, jangan lupa bawa pil klorin kerana sungai yang anda akan lalui dipenuhi dengan lintah dan tidak selamat diminum. Jadi, anda harus mendidih air sungai tersebut dan tunggu ia sejuk dan kemudian campurkan dengan pil klorin untuk ‘bersihkan’ air tersebut.

Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak
Gambar sekadar hiasan. Kredit: How Can I Use Chlorine Tablets To Clean Drinking Water

Sekurang-kurangnya 5 hari, 4 malam

Setelah mempertimbangkan semua faktor ini, anda memerlukan sekurang-kurangnya 5 hari 4 malam untuk perjalanan ini.

Setiba sahaja anda berhampiran tapak perkhemahan, anda akan dijemput dengan bunyi air terjun Julan Barat. Pastikan peralatan anda dikalis air kerana tempatnya sangat basah kerana air menyembur dari air terjun.

Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak
Kredit: Top Peak Travel

Anda akan ditawarkan pemandangan yang indah, dengan adanya air-air terjun lain di persekitaran. Bagi mereka yang betul-betul pencinta alam semula jadi, anda akan rasa berbaloi setelah meluangkan masa berjam-jam untuk datang ke sini.

Bagi mereka yang berminat, anda juga boleh berpilih untuk ambil pakej yang meliputi semua faktor disenaraikan bagi memudahkan urusan anda. Pakej-pakej tersebut termasuk dengan persediaan makanan, jadi jangan risau dengan isu perut kelaparan!

Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak
Kredit: Top Peak Travel
Kenali Air Terjun Julan, Air Terjun Tertinggi Di Sarawak
Kredit: STB

Sedia untuk menyahut cabaran? Pastikan anda lakukan persiapan yang rapi dan be mentally ready! Perjalanan ke sini bukannya senang, tetapi memang berbaloi.

Adakah anda pernah berkunjung ke air terjun Julau? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

Lagi disini:

Sumber
nomadtravelWilson Chin

Artikel Berkaitan

Back to top button