fbpx
Tempat Menarik

Kundasang Selfie Garden, Port Terbaik Untuk Bergambar di Kundasang

Adakah anda merancang untuk ke Kundasang?

Kundasang Selfie Garden, Port Terbaik Untuk Bergambar di Kundasang. Jika anda merancang untuk ke Kundasang tidak lama lagi, jangan lupa untuk berkunjung ke Kundasang Selfie Garden. Kundasang Selfie Garden adalah lokasi terbaru di Kundasang yang membolehkan anda untuk mengambil gambar dengan berlatar belakangkan gunung kinabalu dan persekitaran Kundasang yang indah menghijau.

Kundasang Selfie Garden, Port Terbaik Untuk Bergambar di Kundasang
Kundasang Selfie Garden, Port Terbaik Untuk Bergambar di Kundasang

Kundasang Selfie Garden terletak di kawasan Pekan Kundasang, berhampiran dengan Bulatan Kubis. Indah seperti namanya, taman ini menyediakan latar belakang untuk anda bergambar di samping turut menyediakan beberapa perhiasan menarik untuk anda bergambar. Terdapat 5 stesen selfie di sini yang boleh menjadi port bagi anda bergambar iaitu :

  • Kundasang Frame
  • Decorated Tree
  • White Post Lighting
  • Forever Love Window
  • Love Kundasang Sign
Kundasang Selfie Garden, Port Terbaik Untuk Bergambar di Kundasang
Kredit Go Ranau

Dihujung taman ini terdapat golf driving range khas bagi peminat sukan golf. Kalau pukul bola golf ditambah dengan selfie di taman pun cun juga kan? Jika anda bernasib baik untuk datang ketika keadaan tidak berawan, maka anda akan dapat latar belakang gunung kinabalu yang sangat jelas. Pasti menjadikan koleksi gambar anda di Kundasang bertambah power.

Berapa Harga Tiket Ke Taman Ini?

Bayaran masuk ke Kundasang Selfie Garden ini adalah seperti berikut : Dewasa RM3 dan kanak-kanak RM2.

Kredit Gambar : Nur Shahirah Jamaludin

Ha, jadi kalau anda nak pergi ke Kundasang nanti jangan lupa bergambar di sini ya?

Baca Juga Artikel Menarik Mengenai Kundasang :

Artikel Berkaitan

Back to top button