fbpx
Tempat Menarik

Malaysia Airlines Tawar Tiket Serendah RM86.20 Ke Sarawak, RM115.28 Ke Sabah

Artikel ini diterbitkan pada 3 Mac 2020

Haaaa, mungkin ini masa untuk anda merancang percutian anda ke Pulau Borneo!

Malaysia Airlines Tawar Tiket Serendah RM86.20 Ke Sarawak, RM122.24 Ke Sabah. Jika anda dah lama mengidam nak melawat Sabah dan Sarawak, mungkin ini masa terbaik untuk merancang perjalanan anda kerana syarikat penerbangan Malaysia Airlines kini mengadakan promosi tambang murah untuk destinasi destinasi yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Malaysia Airlines Tawar Tiket Serendah RM86.20 Ke Sarawak, RM122 Ke Sabah
Malaysia Airlines Tawar Tiket Serendah RM86.20 Ke Sarawak, RM122 Ke Sabah

Untuk laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri anda boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM86.20 sekiranya anda tidak perlukan check in baggage 20kg.

Tiket kelas perniagaan juga ditawarkan serendah RM499.60 dengan pelbagai kelebihan lain termasuk pemilihan tempat duduk secara percuma.

Anda boleh baca juga artikel ini :

Untuk laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau pula anda boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM115.88 sekiranya anda tidak perlukan check in baggage 20kg.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan tawaran kelas perniagaan serendah RM599.24 sahaja di mana anda akan diberikan check in baggage 30 kilogram, diskaun tempat duduk kanak kanak dan juga fleksibiliti untuk terbang awal sekiranya ada tempat duduk kosong. Anda juga boleh menukar tiket dengan hanya menambah perbezaan harga.

Sebelum ini juga, AirAsia dan juga Malindo Air menawarkan pelbagai promosi, mungkin untuk mengimbangi kekurangan permintaan dari luar negara kerana terjejasnya industri pelancongan kerana wabak yang mula menular ke seluruh dunia.

Berdasarkan carian kami di laman web Malaysia Airlines, kebanyakan tawaran ini boleh didapati untuk penerbangan yang bermula pada sekitar 20 April. Ha, jika anda dah mengidam nak pergi Sarawak tu apa tunggu lagi? Mungkin ini masa terbaik untuk anda pergi ke Sabah dan Sarawak.

Anda nak mengembara ke Sabah dan Sarawak? Jom terjah lokasi lokasi menarik seperti :

Selain Kundasang, banyak lagilah tempat tempat menarik di Sabah dan Sarawak yang anda boleh terokai seperti :

Bukan itu sahaja, jika anda nak food hunting pula anda boleh baca koleksi koleksi artikel berkenaan tempat menarik untuk makan di Sabah dan Sarawak :

Baca Lagi Artikel Lain Yang Berkaitan :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close