fbpx
Tempat Menarik

Nak Short Escaping ke Kuching? Jom Semak Itinerari Trip Bajet Ini

Dengan Bajet Bawah RM500, Anda Boleh Explore Satu Kuching Dalam Masa 3 Hari 2 Malam Sahaja!

Stress kerja? Tapi tak tahu nak short escaping ke mana? Ada ke sesiapa yang teringin nak mengembara di sekitar Bandaraya Kuching pada hujung minggu? Tapi bajet pula tak cukup? Semua masalah ada penyelesaiannya. Di sini kami sediakan itinerari trip bajet ke Kuching untuk 3 hari 2 malam. Cadangan hari untuk trip ini ialah pada Jumaat, Sabtu Ahad atau Sabtu, Ahad, Isnin. Confirm tak menyesal!

Nak Short Escaping ke Kuching? Jom Semak Itinerari Trip Bajet Ini
Klik Untuk Muat Turun Aplikasi OYO

Tiket Penerbangan

Kebiasaannya, tiket penerbangan ke Kuching berharga lebih kurang RM80-RM150 untuk satu hala. Kalau anda bernasib baik, mungkin boleh dapat dalam RM70 sahaja. Waktu terbaik untuk anda menempah tiket adalah 3 minggu sebelum penerbangan. Sekurang-kurangnya, anda ada masa untuk menguruskan cuti anda pada hari Jumaat atau Isnin.

Biasanya, tiket murah boleh didapati untuk penerbangan awal pagi atau penerbangan lewat malam. Hari yang kurang sesak pula adalah hari Isnin berbanding hari Jumaat dan Ahad. Pilihan airlines yang murah dan berbaloi adalah AirAsia dan Malindo Air. Daftar menjadi member jika belum. Anda akan lihat perbezaan harga yang sangat ketara. Jika anda jenis yang tak kisah untuk bermalam di lapangan terbang atau backpacking style, anda pastinya nak berjimat lebih kan?

KLIA – Kuching (Ulang Alik) – RM 250.00 (seorang)

Sewa Pengangkutan

Mencari sewa pengangkutan di Kuching pun tidaklah susah mana. Untuk penjimatan minyak, anda boleh menyewa Viva atau Axia. Rate standard nya adalah dalam RM 80 – RM 95 sehari. Kalau lebih mahal daripada itu, anda mungkin telah ditipu. Carilah ejen sewaan lain yang lebih berhemah dan jujur. Anda boleh cari di FB dengan kata kunci “kereta sewa kuching samarahan”. Jangan lupa lihat review.

Sewa kereta – RM 45/seorang (RM90 bahagi 2)

Penginapan

Bab penginapan di Kuching, anda tak perlu risau sebab hotel bajet dalam RM50 ke atas pun sudah mempunyai fasiliti yang agak memuaskan untuk short trip anda. Untuk itinerari ini, kami cadangkan beberapa penginapan bajet di sekitar Bandaraya Kuching untuk anda. Biasanya, harga yang ditawarkan dalam aplikasi mudah alih tempahan lebih murah berbanding jika anda walk in ke tempat penginapan. Eh, bukannya lebih murah. Memang dah terlajak murah. Lagi-lagi jika ditempah menggunakan aplikasi OYO.

Klik Untuk Muat Turun Aplikasi OYO

1 Bilik Double – RM 50/2 malam (untuk seorang)

Antara senarai penginapan bajet yang anda boleh pertimbangkan di Kuching ialah;

1. OYO 44034 Furama Lodging House

Kredit : TripAdvisor
Kredit : A-Hotel.com
Kredit : TripAdvisor

2. OYO 1007 Grand Supreme Hotel

Kredit : Chiangdao.com
Kredit : HikersBay
Kredit : HikersBay

3. OYO 44017 L&C Premium Stay

Kredit : Oyorooms.com
Kredit : Oyorooms.com
Kredit : Oyorooms.com

Aktiviti Siang di Kuching

Kredit : semenggoh.my
Kredit : cphtravel
Kredit : UPPRE
Masjid terapung Kuching. Kredit : BERNAMA
  1. Melawat Hutan Simpan SemenggohRM 5
  2. Melawat ke Jong Crocodile Farm – RM24
  3. Lepak cuci mata di Plaza Merdeka/Viva City Megamall
  4. Menaiki sampan di Waterfront ke kampung seberang (Kpg. Boyan) – RM2
  5. Berurut di Iska Blind Massage Service – RM30
  6. Menunaikan ibadat/melawat ke Masjid India/Masjid Terapung Waterfront
  7. Menonton pertunjukan lumba perahu Sarawak Regatta (Oktober/November)
  8. Berjalan di sekitar Lebuh India/Indian Street
  9. Bergambar di Tugu Kuching
  10. Melawat ke Kedai Kek Lapis
  11. Melawat ke Taman Orkid
  12. Berjalan di sekitar Carpenter Street
  13. Makan (Warung Nusantara/Metrocity/Chong Choon Cafe/Kaya Cafe) – RM30

Aktiviti Malam di Kuching

Uptown Civic Centre
Jambatan Darul Hana. Kredit : Sarawak Energy
RG Ais Krim Bergula Apong. Kredit : MYC!
  1. Meninjau ke Uptown Metrocity/Civic Centre
  2. Menonton persembahan Water Fountain di Waterfront
  3. Menaiki Jambatan Darul Hana/Golden Bridge, Waterfront
  4. Makan seafood di Topspot (UTC Kuching) – RM40/seorang (hidangan RM80 kongsi 2)
  5. Makan ais krim legend RG Ais Krim Bergula Apong (sebelah Electra House) – RM2

Ringkasan Bajet Trip

Tiket penerbangan (ulang alik) – RM 250

Sewa kereta – RM45

Penginapan – RM60

Aktiviti (tiket masuk, tambang, cas) – RM61

Makanan – RM 75

TOTAL = RM 481.00

Wow, tak sampai RM500 pun! Anda mesti tak sangka kan? Apa tunggu lagi. Rancanglah trip anda ke Kuching dan rasai sendiri pengalam short escaping yang syok dan bermakna bersama rakan anda.

Jangan lupa like dan share post ini serta tag rakan-rakan anda yang tengah stress nak cari tempat short escaping yang best tu.

Artikel Berkaitan

Back to top button