fbpx
Tempat Menarik

Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum

Luxury in The Deep Rainforest

Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum. Sekiranya anda mencari tempat penginapan ketika di Lahad Datu, anda harus cuba Borneo Rainforest Lodge (BRL). Sebuah resort yang umpama spa dalam hutan ini menawarkan pemandangan hutan indah yang mengelilingi premis dan sesuai bagi mereka yang hendak menikmati alam semula jadi, jauh dari kesesakan bandar.

Terletak di Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, semestinya tempat ini akan memuaskan your inner nature love!

Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum
Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum

Nikmati Perkhidmatan Tip Top

Terletak 2.5 jam dari Lahad Datu, tempat penginapan ini menawarkan 30 buah chalet dan mempunyai spa yang sensitif terhadap eko, kelestarian dan impak minimum sebagai prinsip utama reka bentuk dan operasi premis.

Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum

BRL menawarkan pakej yang lengkap, termasuk panduan. Disarankan untuk mengambil pakej 4 hari, 3 malam untuk benar-benar menikmati hutan yang berusia 130 juta tahun ini. Anda juga akan dimanja dengan urutan tradisional Borneo di spa yang ditawarkan di tempat penginapan ini.

Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum
Antara bilik yang ditawarkan.
Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum
Nikmati makanan anda dikelilingi hutan yang indah.

Bagi penggemar alam semula jadi, resort ini memang dream getaway untuk anda. Lengkap dengan canopy walkway yang anda boleh gunakan untuk berjalan-jalan menikmati alam semula jadi, anda juga akan melihat pelbagai flora dan fauna di sini.

Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum
Pemandangan aerial canopy walkway.
Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum
Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum
Anda berpeluang untuk melihat pelbagai jenis flora dan fauna di sini!

Anda juga akan menikmati aktiviti stargazing di sini, sesuai untuk photography!

Nikmati Alam Semula Jadi Dengan Style Di Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum

Tempat ini memang value for money. Selain menikmati alam semula jadi, tempat penginapan yang selesa serta perkhidmatan yang mantap, anda akan check out dari sini dengan perasaan tenang dan bahagia setelah charging sebelum kembali ke bandar.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari laman Facebook mereka: Borneo Rainforest Lodge, Danum Valley

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close