fbpx
Tempat Menarik

Ranau, Sabah Syurga Peminat Sukan Menarik Paragliding

Tidak Perlu Pergi Jauh Untuk Cuba Paragliding

Ranau, Sabah Syurga Peminat Sukan Menarik Paragliding . Selain Langkawi, Sabah pun mempunyai tempat paragliding ia tersendiri. Dua jam dari Kota Kinabalu, Ranau terletak di bahagian pantai barat Sabah dan terletak 1176 meter di atas paras laut. Ia didiami oleh masyarakat etnik Dusun yang kebanyakkan adalah penduduknya dan berada di lebuh raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Sandakan. Disini paragliding tandem telah menjadi salah satu aktiviti yang popular dan kerap dikunjung oleh paraglider yang gemar kerana permandangan Ranau yang berbukit-bukau!

Ranau, Sabah Syurga Peminat Sukan Menarik Paragliding. Kredit: Primo Gif

Paragliding? Apa itu?

Paragliding merupakan sejenis sukan di mana seorang, digelar paraglider, meluncur menggunakan payung terjun yang lebar setelah melompat dari satu tempat yang tinggi atau ditarik pada ketinggian tertentu. Bagi mereka yang belum pernah melakukan aktiviti ini dan tidak mahir tetapi teringin untuk cuba, mereka boleh ‘menumpang’ seorang paraglider yang handal dan at least merasai sensasi terbang itu. Ini digelar sebagai tandem paragliding dimana ia direka untuk membawa dua orang iaitu seorang pengajar (paraglider) dan seorang penumpang. Penumpang akan diposisikan dalam satu harness di depan seorang paraglider yang berpengalaman semasa penerbangan tandem paragliding.

Ranau, Sabah Syurga Peminat Sukan Menarik Paragliding
Anda tidak perlu menjadi paraglider yang handal untuk mencuba aktiviti ini. Kredit: Giphy

Jalan Kompleks Sukan Ranau

Buat setakat ini, terdapat dua agensi yang menyediakan perkhidmatan aktiviti paragliding di Ranau iaitu Borneo Paragliders dengan Lohan Paragliding Adventure. Anda boleh menghubungi antara kedua-dua agensi ini sekiranya anda berminat untuk mencuba aktiviti siok ini!

Kredit: FlyHighConsultant

Lohan, Ranau

Kebiasaannya, take off adalah dari kawasan yang tertinggi di Lohan, yang terletak 6km daripada pekan Ranau. Dengan ketinggian 2200 kaki di atas paras laut, aktiviti ini bergantung kepada keadaan angin dan akan mengambil selama beberapa minit. Semasa anda terbang, anda akan meluncur atas pokok-pokok gunung untuk melihat pemandangan di bawah seperti sawah dan kampung. Best nya!

Sekiranya anda bernasib baik dengan keadaan yang tepat seperti haba yang bagus, anda berpeluang untuk merentas desa!

Ranau, Sabah Syurga Peminat Sukan Menarik Paragliding
Pemandangan semasa tandem paragliding. Kredit: Amos Winter

Yuran Penyertaan

Untuk menyertai aktiviti ini, anda perlu membayar yuran berjumlah RM150 per person. Tetapi sekiranya anda berminat untuk menggunakan GoPro sedia ada, anda hanya perlu top up RM30 (RM180 seluruhnya).

Seperti yang dinyatakan di atas, sekiranya anda berminat untuk mencuba paragliding tetapi tidak mempunyai kemahiran langsung, anda boleh cuba tandem paragliding. Untuk keselamatan, berat badan minimum untuk menyertai aktiviti ini adalah 40kg manakala berat maksimum adalah 100kg. Selain itu, gunakan pakaian casual beserta dengan kasut.

Bagi mereka yang mahu menggunakan GoPro sedia ada, jangan lupa untuk bawa USB drive untuk proses pemindahan video dengan gambar dari GoPro.

Aktiviti Ekstrem Tetapi Berbaloi

Bagi mereka yang betul-betul gemar aktiviti rekreasi ekstrem, Ranau adalah destinasi yang patut pergi. Selain pemandangan yang segar dan tenang, anda akan dilayan dengan ramah oleh penduduk tempatan. Jangan lupa, sekiranya anda berkunjung ke Ranau, anda adalah seorang pelawat dan sentiasa ingat untuk menghormati kawasan mereka. Take nothing but memories, leaving nothing but footprints, okay? Bah, bila lagi mau cuba ni? Jum, jum!

Kredit: Gfycat

Artikel Berkaitan

Back to top button