fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Tempat Menarik

Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
4 Oktober 2019
Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Nak Tidur Mana Kat Mukah? Jangan Risau! Homestay Kan Ada.

Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah. Mukah merupakan sebuah kawasan petempatan yang majoritinya adalah kaum Melanau. Namun, tahukah anda bahawa bahagian Mukah itu sendiri besar dan tidak terhad kepada bandar Mukah sahaja? Kalau diikutkan, terdapat daerah-daerah lain di Mukah yang mengambil masa selama beberapa jam perjalanan menggunakan kenderaan atau kalau nak cepat, guna bot ekspres.

Persoalan utamanya pula kalau dah sampai ke sana, nak tidur kat mana? Okay geng, sebenarnya banyak homestay yang telah disediakan untuk kemudahan pengunjung. Tinggal rajin tak rajin saja nak cari. Nah, inilah senarai hidden homestay yang best di Mukah.

ADVERTISEMENT

1. Inap Desa Sebako @ Hajjah Maimunah, Pulau Bruit

Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah
Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah

Pulau Bruit merupakan sebuah pulau yang masih mempunyai persekitaran perkampungan asli penduduk Melanau. Namun, siapa sangka di sini terdapat sebuah homestay atau inap desa indah yang jarang diketahui oleh orang ramai. Inap Desa Sebako juga merupakan satu-satunya homestay yang ada di Pulau Bruit.

Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah
Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah

Homestay bercirikan rumah kampung ini menyediakan penginapan ala-ala chalet dilengkapi dengan perabot yang diperbuat daripada kayu. Ia terdiri daripada 4 buah unit chalet berasingan, sebuah rumah induk, sebuah asrama 7 pintu dan kemudahan bilik mesyuarat beserta PA Sistem. Paling best, ia bukan sekadar homestay biasa tetapi juga menyediakan perkhidmatan ruang untuk berkursus, mesyuarat dan percutian santai. Untuk sampai ke sini, anda boleh menggunakan kenderaan darat dari Sibu atau Daro atau menaiki bot ekspres dari Sarikei.

ArtikelBerkaitan

Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia

Trip Ke ‘Big Ben’ Tahun Ini Terpaksa Cancel? Kunjungi tHe Spring, Bintulu Untuk Menikmati ‘Vibe’ London!

Bagi anda yang sukakan suasana kampung serta gemar memancing, Inap Desa Sebako merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai inap desa ini di FB Inap Desa Sebako.

ADVERTISEMENT

2. Homestay Kak Manis, Daro

Kalau anda bercadang untuk singgah di daerah Daro, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk bermalam di Homestay Kak Manis. Homestay ini terletak betul-betul di tepi jalan menuju ke Feri Kampung Badong, Daro.

Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah

Ia menyediakan penginapan berkonsepkan dormitory dengan kelengkapan asas seperti katil dan bilik mandi. Selain itu, pemilik homestay ini juga merupakan penjual paling laris makanan tradisi kaum Melanau iaitu pipus a.k.a otak-otak Sarawak. Kalau bab makanan, anda tidak perlu risau kerana kawasan homestay ini berhampiran dengan kedai makan penduduk tempatan. Nak pergi ke Sugar Bun di Pekan Daro pun ambil masa 5 minit sahaja.

ADVERTISEMENT

3. Pedada Homestay, Mukah

Pedada Homestay merupakan sebuah homestay yang telah beroperasi sejak 2014. Homestay yang terletak di Taman Tanjung Pedada di seberang Sungai Batang Mukah ini boleh dikunjungi dengan menggunakan sampan atau bot dari Pasar Basah Mukah. Suasana homestay ini pastinya digemari oleh penggemar alam hijau kerana ia dikelilingi dengan hutan paya bakau dan pokok pedada. Jika anda merupakan seorang jurufoto, tempat sekitar homestay ini tentunya membuatkan anda jatuh cinta kerana scenery nya yang cantik dan sesuai dijadikan latar untuk sesi fotografi anda.

Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah
Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah

Penginapan anda di sini pasti menjadi suatu pengalaman yang bermakna kerana anda akan ditemani oleh pemilik homestay sambil merasai pelbagai aktiviti kampung serta diajar masakan makanan penduduk tempatan seperti umai ikan. Sllrpp, nyaman ya! Jika anda bercadang untuk ke sini, anda boleh search FB Pedada Homestay Mukah.

4. Petanak Beach Chalet & Cafe, Jalan Mukah-Oya

Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah
Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah

Petanak Beach Chalet & Cafe ini pula sesuai untuk pengunjung yang suka akan suasana pantai yang indah. Homestay ini turut mengetengahkan konsep chalet dengan binaan yang berasaskan kayu. Selain daripada melakukan aktiviti pantai, anda juga boleh bersantai di halaman homestay anda dengan aktiviti seperti memanggang dan beriadah.

Susah Jumpa Hotel? Inilah 4 Senarai Homestay Best di Mukah

Bersebelahan homestay nya pula, terdapat kafe yang menghidangkan pelbagai jenis makanan termasuklah makanan tradisional masyarakat Melanau. Eii, dah berkunjung ke kawasan majoriti Melanau, rugilah tak rasa makanannya sekali kan? Homestay ini mempunyai keluasan yang agak besar, jadi kalau anda berhasrat nak bawa sekampung bercuti di sini pun, takdehal lah. Nak tahu lebih lagi? Boleh cuba cari FB Petanak Beach Chalet & Cafe.

Kan senang nak cari tempat tidur kat Mukah. Jangan lupa like dan share post ini dan tag kawan-kawan anda yang tengah plan nak pergi ke Mukah.

Share2564Tweet65SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy