fbpx
Tempat Menarik

Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah

Tanjung Simpang Mengayau atau lebih dikenali dengan jolokan Tip Of Borneo

Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah
Kredit : @einsteinmajanil

Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah. Kalau anda datang ke Sabah tanpa mengunjungi Tip Of Borneo ini, boleh dikatakan pengembaraan anda belum cukup lengkap lah!

Untuk pengetahuan anda, Tanjung Simpang Mengayau ini terletak 215 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Perjalanan ke sini mengambil masa selama dua jam setengah kerana ia terletak di daerah Kudat. Ia juga digelar Tanduk Sabah dalam kalangan penduduk tempatan kerana lokasi geografinya yang menyerupai hujung kepala anjing. Bentuk ini dapat diamati dengan jelas di dalam peta. Mengikut bahasa kaum Rungus, Tanjung Simpang Mengayau disebut sebagai “Tanjung Sampang Mangazo” atau “Sabpang Mangazou” yang membawa maksud Hujung Simpang Peperangan.

Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah
Kredit : @myth2469
Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah
Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah

Puncak tertinggi tanjung ini pula dinamakan sebagai Tomanggong Kurantud sempena nama pahlawan Rungus yang mengetuai penentangan terhadap lanun pada sekitar tahun 1880.

Masyarakat Cina tempatan pula memanggilnya sebagai Den Foh Liew yang bemaksud rumah api. Ini kerana terdapat sebuah rumah api di Pulau Kalampunian yang boleh dilihat dari Tanjung Simpang Mengayau.

Tahukah Anda Tanjung Simpang Mengayau Pernah Menjadi Kawasan Larangan Selama 100 Tahun?

Menurut cerita orang tua-tua, kawasan Tanjung Simpang Mengayau ini merupakan kawasan perdagangan sistem barter pada suatu masa dahulu. Disebabkan kemeriahan aktiviti perdagangan di sini, para lanun sering menyerang para peniaga di sana. Pada ketika itu, semua pahlawan Rungus termasuk pahlawan dari Kota Marudu berganding tenaga menghapuskan lanun dengan memenggal kepala mereka sehingga laut berkenaan bertukar merah.

Akhirnya, pahlawan Rungus yang bernama Aki Palavan dan Aki Sook menasihati agar penduduk menghindari kawasan Tanjung Simpang Mengayau selama 100 tahun. Ia bertujuan agar tidak terkena ‘sindaat’ atau ilmu hitam yang mereka gunakan semasa peperangan menentang lanun.

Bukan Itu Sahaja, Ini Beberapa Lagi Fakta Menarik Yang Lain Tentang Tanjung Simpang Mengayau

  • Kebanyakan kapal dagang China pada zaman Dinasti Sung, Ming dan Qing, karam di kawasan perairan tanjung ini semasa pelayaran mereka ke Sulawesi. Menurut ahli sejarah, lebih kurang 20 kapal karam yang masih belum dijumpai. Namun, sesetengah nelayan berjaya menjumpai bangkai kapal karam dan menjual barangan antik yang dijumpai.
  • Pelayar Sepanyol, Ferdinand Magellan bersama anak-anak kapalnya pernah berhenti di tanjung ini selama 42 hari untuk membaiki kapal.

Tarikan Utama Di Tanduk Sabah

1. Fenomena Pertembungan Arus Antara Laut China Selatan dan Laut Sulu

Kredit : Youtube Hisha AK

Tanjung Simpang Mengayau merupakan titik pertemuan di antara Laut China Selatan dan Laut Sulu. Difahamkan, fenomena menarik di antara kedua-dua laut ini terjadi pada bulan Julai setiap tahun. Fenomena pertembungan arus dari kedua-dua laut ini menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke sini. Fenomena ini terjadi apabila angin Timur bergelora dan suasana teduh di kawasan Barat atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, ianya tidak menentu dan bergantung kepada faktor cuaca dan musim.

2. Glob Gangsa Dengan Tulisan “The Tip Of Borneo”

Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah
Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah

Setibanya di sini, anda perlu naik turun bukit sejauh 200 m untuk sampai ke puncak Tip Of Borneo. Jika anda telah sampai ke puncak, anda akan menjumpai sebuah glob gangsa besar dengan petunjuk kedudukan Tanjung Simpang Mengayau. Glob ini memaparkan peta Pulau Borneo dengan tulisan “The Tip Of Borneo. Lokasi ini ditanda pada kedudukan latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah di bahagian timur.

3. Tebing Batu Yang Unik

Kredit : pojiegraphy.com

Tebing batu yang ada di sini terhasil daripada hakisan ombak dan angin. Hakisan tersebut juga menyebabkan terbentuknya gua kecil dan lekukan dalam pada tebing. Namun, rupanya yang unik menampakkan tebingan batu ini seperti corak pasir yang ada di gurun.

4. Pantai Kalampunian

Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah

Di bawah Tip Of Borneo ini pula, terdapat sebuah pantai yang dinamakan sebagai Pantai Kalampunian. Pantai ini mempunyai pasir yang memutih dan air yang membiru. Anda boleh bermandi mandi kawasan khas sekitar pantai ini dan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Selain itu, pantai ini juga menjadi port baik untuk peminat sukan luncur air kerana keadaan ombak bergelora pada sekitar bulan Disember hingga Mac.

Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah
Kredit : Borneo Today

Kapal dagang China dari Dinasti Song Utara juga ditemui di sini dan merupakan kapal maritim yang terawal dijumpai di Malaysia. Wow!

5. Pemandangan Laut Yang Membiru

Tanjung Simpang Mengayau, Kudat : Tarikan Di Hujung Tanduk Sabah
Kredit : JomJalan

Pemandangan laut yang biru? Anda patut lihat sendiri kecantikannya kerana tiada kata yang dapat menggambarkan betapa indahnya suasana di atas puncak ini!

Cara Ke Tanjung Simpang Mengayau

Anda boleh menaiki kenderaan sendiri, teksi, Grab atau melalui ejen pelancongan. Setibanya di sana, anda boleh menggunakan perkhidmatan pacuan empat roda untuk masuk ke Tanjung. Ia berdekatan dengan Restoran India, bertentangan dengan Klinik Kesihatan Kampung Air Kota Kinabalu.

Untuk pengangkutan jenis pacuan empat roda, pemandu boleh mengambil penumpang sebanyak 7-8 orang pada harga RM 20.00 – RM 25.00 untuk setiap perjalanan ulang alik. Manakala untuk perkhidmatan kereta saloon, perjalanan 4 orang penumpang akan dikenakan cas RM240.00 untuk ulang alik ke Simpang Mengayau.

Walau bagaimanapun, tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke puncak Tip Of Borneo ini. Yessh!

Kemudahan Yang Ada

  • Kafe/restoran makanan laut
  • Kedai cenderamata
  • Chalet
  • Kawasan perkhemahan
  • Bot memancing dan sight seeing
  • Tandas awam

Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan

  • Melihat fenomena pertembungan arus Laut China Selatan dan Laut Sulu
  • Mengambil gambar
  • Beriadah bersama keluarga
  • Berenang di kawasan pantai yang telah dikhaskan
  • Menikmati pemandangan matahari terbenam
  • Berjalan-jalan di pesisir pantai

Tips Penting Jika Hendak Ke Sini

  1. Perjalanan ke sini mengambil masa yang agak lama. Jadi, seeloknya servis kenderaan anda dan gunakan kenderaan yang tahan lasak seperti pacuan empat roda kerana keadaan jalan yang kurang rata.
  2. Pastikan kamera (DSLR/kompak/telefon bimbit) anda dicas sepenuhnya kerana pemandangan di sini mahal dan berbaloi untuk dirakam.
  3. Bawa bekalan air secukupnya kerana keadaan cuacanya panas dan lembap walau pun berangin.
  4. Jangan lupa untuk memakai sunscreen.

Artikel Berkaitan

Back to top button