fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
6 Julai 2020
Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Tenangkan diri anda di Tenang Getaway, Pantai Pugu

Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu. Siapa sangka rupanya pantai di daerah Lundu sesuai dijadikan lokasi perkhemahan di Sarawak. Suasana pantainya yang memutih dan airnya yang membiru pasti membuatkan anda berasa tenang.

Sepadan dengan namanya, Tenang Getaway menawarkan lokasi tapak perkhemahan yang wajib untuk anda cuba. Terletak di Pantai Pugu, Lundu, anda hanya perlu mencari ‘Tenang Getaway’ di Google Maps untuk ke sini.

Kredit : FB Intan Syahriza

Dibuka setiap hari, Tenang Getaway menawarkan harga promosi untuk sewaan khemah serendah RM 29.99 sahaja untuk satu malam. Wow!

ArtikelBerkaitan

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia

Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia

Anda juga boleh datang secara day trip ke sini dan hanya perlu membayar tapak parkir kenderaan iaitu pada kadar RM 2.

Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Kredit : FB Intan Syahriza
Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Kredit : FB Intan Syahriza

Boleh dikunjungi pada bila-bila masa

Buat masa ini, tiada masa yang tetap untuk anda daftar masuk atau daftar keluar dari tapak perkhemahan ini. Anda boleh mengunjunginya pada bila-bila masa sama ada pada hari bekerja atau pada hujung minggu.

Promosi serendah RM 29.99 ini sah untuk tempahan sehingga 12 Julai 2020.

Kredit : FB Intan Syahriza

Khemah ini mampu memuatkan sehingga 4 orang dewasa. Nak lebih selesa, sewa untuk 2 orang pun boleh juga.

Mereka juga menyediakan alas untuk anda tidur di dalam khemah beserta bantal. Namun, anda digalakkan untuk membawa bantal anda sendiri untuk keselesaan.

Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Kredit : FB Siti Norhayati

Dilengkapi tandas berasingan serta surau

Sebanyak 15 buah khemah kini sedia ada di Tenang Getaway dan akan ditambah untuk kemudahan pengunjung akan datang.

Selain itu, kemudahan yang paling penting juga disediakan seperti tandas untuk lelaki dan perempuan serta surau untuk beribadah.

Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Kredit : FB Intan Syahriza
Kredit : FB Intan Syahriza
Kredit : FB Intan Syahriza

Kalau dah namanya berkhemah, takkan nak duduk siam saja kan?

Anda juga boleh menyewa tempat memanggang dengan kadar sewaan RM 30 juga. Dengar khabar, hanya perlu bawa makanan untuk dipanggang kerana semuanya disediakan di sini.

Bukan itu sahaja, anda juga bebas untuk melakukan aktiviti riadah di sini. Kemudahan riadah seperti bola serta jaring turut disediakan. Nak buat campfire pun, on saja!

Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Kredit : FB Intan Syahriza
Kredit : FB Intan Syahriza

Siap ada jual jajan, air kelapa!

Tenang Getaway juga menyediakan jualan makanan seperti keropok, mi goreng, nasi ayam serta minuman seperti teh dan kopi. Bayangkan anda menikmati secawan kopi dengan deruan ombak dan angin di tepi pantai? Pergh!

Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Kredit : FB Intan Syahriza
Kredit : FB Intan Syahriza
Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Kredit : FB Siti Norhayati
Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Kredit : FB Siti Norhayati
Kredit : FB Tan Kian Hui Hui
Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Kredit : FB Pantai Tenang

Menurut seorang pengunjung, Intan Syahriza, pemilik Tenang Getaway ini sangat ramah dan sedia membantu anda dalam apa jua urusan perkhemahan anda.

Ketika artikel ini ditulis, Tenang Getaway sedang dalam pembinaan box room iaitu bilik kecil untuk penginapan yang lebih selesa di tepi pantai.

Inilah masa terbaik untuk anda meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di tepi pantai.

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi FB Pantai Tenang atau whatsapp di pautan ini : Whatsapp Pantai Tenang

Selain itu, Pantai Pugu juga mempunyai satu lagi port camping yang best. Lihat di sini :

Semak juga tempat penginapan yang cun dan steady di Lundu :

Share820Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy