fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
14 November 2019
Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Tak Sah Trip Ke Sibu Anda Jika Tidak Melawat Ke Sini

Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara. Bandaraya Sibu, Sarawak merupakan sebuah bandar yang mempunyai majoriti penduduk yang berbangsa Cina diikuti oleh Iban, Melanau dan Melayu. Maka, tidak hairanlah jika terdapat tokong-tokong Cina yang tersergam indah di sekitar bandaraya ini. Tapi, apalah makna kunjungan anda ke sini jika anda tidak mengambil kesempatan untuk melawat ke landmark keramat bandaraya ini, kan?

Di sini kami kongsikan serba sedikit info tentang tokong cina yang menjadi tarikan pelancong di Sibu.

1. Tua Pek Kong Temple (Sibu Eng Ann Teng Tua Pek Kong) & Goddess of Mercy Pagoda

Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara
Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara. Kredit : Flickr

Eng Ann Teng Tua Pek Kong ini dibina sejak tahun 1890 iaitu kira-kira 100 tahun yang lalu. Ia terletak di pinggir Sungai Rajang dan merupakan tokong yang paling tua dan terpelihara di Sibu. Dikhabarkan, bahan-bahan binaan tokong ini diimport dari negara China termasuk patung dewa utama iaitu Dewa Tua Pek Kong.

ArtikelBerkaitan

Keunikan Turtle Cave Di Pulau Sipadan Sabah, Satu-Satunya Makam Penyu Di Dunia

Shopee Tawar Diskaun Sehingga RM 100 Untuk Tempahan Hotel Sempena Cuti-Cuti Malaysia

Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara
Kredit : Twipu
Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara
Kredit : HolidayGoGoGo

Diiktiraf Sebagai Pagoda Paling Proportioned di Luar China

Tua pek kong ini pada asalnya hanya diperbuat daripada kayu namun dibina semula pada tahun 1897 mengikut reka bentuk Taoist bersama-sama sebuah pagoda 7 tingkat khas untuk Dewi Kasih Sayang (Kuan Yin). Ia mengalami sedikit kerosakan akibat perang dunia kedua sekitar tahun 1942 namun masih dapat dipulihkan. Untuk pengetahuan anda juga, tua pek kong ini digelar sebagai pagoda yang paling proportioned di luar tanah besar China.

Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara
Kredit : Steemit

Boleh Naik Tingkat Atas Pagoda Untuk Melihat Sunset!

Apa yang boleh anda lakukan di sini ialah menaiki tingkat atas pagoda dan menikmati pemandangan Sungai Rajang serta kawasan sekitar Sibu. Cadangan waktu ialah sekitar waktu matahari terbenam. Pada masa itu, anda boleh menyaksikan burung-burung berterbangan. Anda juga dapat melihat ukiran batu dan berehat di bawah pohon-pohon di sekitarnya. Selain itu, tua pek kong ini juga sesuai untuk bergambar memandangkan binaannya nampak sungguh epik dan berwarna warni.

2. Jade Dragon Temple (Yu Lung San Tian En Si Temple)

Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara
Kredit : Wikipedia

Yu Lung San Tian En Si Temple atau digelar Jade Dragon Temple dipercayai merupakan tokong yang terbesar, bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Asia Tenggara. Tokong ini menempatkan pusat keagamaan untuk tiga kepercayaan iaitu Buddhism, Taoism dan Confucianism. Ia bukan sahaja dilihat sebagai tempat ibadat untuk penganut ketiga-ketiga agama ini tetapi juga menjadi tarikan pelancong disebabkan seni binanya yang unik dan cantik.

Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara
Kredit : Flickr
Kredit : Pinterest
Tokong Cina Landmark Keramat Sibu, Salah Satunya Yang Terbesar di Asia Tenggara
Kredit : en.tripadvisor.hk.com

Sampai Ada Yang Samakan Seperti Istana Gyeongbokgung di Korea!

Kredit : tenor.com

Anda boleh melihat pelbagai jenis ukiran dan lukisan Cina pada dinding tokong ini. Imej simbolik naga menghiasi pemandangan tokong di sini selain lukisan 12 haiwan zodiak Cina. Sampai ada yang menyamakannya seperti Istana Gyeongbokgung, Korea versi Sarawak. Ada juga yang menggelarkan seni bina Jade Dragon Temple ini sebagai “A Marvel of Sacred Architecture“. Wow! Maksudnya, memang tempat wajib untuk mengambil gambar jika berkunjung ke Sibu lah, kan?

Kredit : emily2u.com
Kredit : emily2u.com
Kredit : emily2u.com
Kredit : emily2u.com

Lokasi Sedikit Jauh Dari Bandar, Pilihan Guna Teksi, Grab atau Kereta Sewa

Namun demikian, ia terletak sedikit terpinggir dari Bandaraya Sibu. Oleh kerana jaraknya daripada Bandaraya Sibu adalah sejauh 44 km, anda perlu menggunakan teksi atau perkhidmatan e-hailing seperti Grab untuk sampai ke sini. Kadar tambang teksi adalah sekitar RM50 dan Rm33 untuk tambang Grab. Jika anda mempunyai kenderaan sendiri atau menyewa kereta, anda perlu mempertimbangkan bayaran sewa dan kos petrol anda. Terpulang kepada anda. Tapi itu semua tidak menjadi masalah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Jika anda masih tercari-tercari destinasi menarik untuk dilawati di Sibu, anda harus mengunjungi kedua-dua tokong Cina ini untuk pengalaman yang lain daripada yang lain.

Jangan lupa like dan share post ini!

Nak Tahu Asal Usul Sejarah Sibu?

http://http://http://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/asal-usul-sejarah-bandar-sibu-yang-anda-perlu-ketahui/
Share76Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy