fbpx
Tempat Menarik

Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba’kelalan, Lawas

Tempat rare, pengalaman pun rare!

Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba’kelalan, Lawas. Pernah kah anda mendengar sebuah tempat yang bernama Ba’kelalan di Sarawak? Ba’kelalan terletak di dalam daerah Lawas di hujung utara Sarawak. Kawasan tanah tinggi yang berkedudukan 3000 meter dari aras laut ini didiami oleh penduduk Lun Bawang. Suhunya pula dikatakan berada di bawah 21 darjah Celcius!

Seorang gadis dengan nama Nurul Anis Abu Bakar telah berkongsi pengalaman rare nya bercuti di Ba’kelalan, Lawas di Facebook. Beliau bersama 2 lagi rakannya mengambil peluang tersebut untuk meneroka sendiri kawasan yang jarang menjadi tumpuan pelancong marhaen, apatah lagi ia berada di kawasan yang kurang akses pengangkutan.

Perjalanan mereka dimulai dengan perjalanan darat dari Bintulu ke Miri selama 2 jam. Untuk ke Ba’kelalan, mereka perlu menaiki pesawat twin-otter dari Miri ke Lawas kemudian ke Ba’kelalan.

TANAH TINGGI BAKELALAN, LAWAS, SARAWAK Terletak di daerah Lawas di Bahagian Limbang, Bakelalan atau dahulunya dikenali…

Posted by Nurul Anis Abu Bakar on Monday, August 24, 2020

Menerusi perkongsian tersebut, kami ringkaskan perjalanan pengalaman Nurul di kawasan tanah tinggi Switzerland Malaysia tersebut.

1. Purait Strawberry Farm

Setibanya di Ba’kelalan, Nurul dan rakan-rakannya terus dibawa ke Purait Strawberry Farm. Khabarnya, di sana anda boleh melihat sendiri strawberi yang ditanam secara organik di kawasan tanah tinggi. Bukan itu sahaja, kunjungan Nurul dan rakan-rakannya disapa mesra oleh pemilik ladang tersebut.

Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba'kelalan, Lawas
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar

2. Melihat kawasan sawah padi

Setelah itu, mereka juga sempat melawat ke kawasan sawah padi dan sempat beramah mesra bersama penduduk kampung yang sedang bekerja di sawah berkenaan. Siap boleh tangkap ikan lagi uolls!

Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba'kelalan, Lawas
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar

3. Menginap di Ba’kelalan Owl House

Di Ba’kelalan, Nurul dan rakannya menginap di Ba’kelalan Owl House. Setelah selesai aktiviti di sawah padi, mereka terus dibawa ke homestay ini yang memerlukan mereka melalui kawasan batas padi dan jambatan buluh merentasi sungai. Dengan reka bentuk rumah kayu yang tradisional, vibe kampung seperti di zaman kanak-kanak memang benar-benar terasa!

Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba'kelalan, Lawas
Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba’kelalan, Lawas
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba'kelalan, Lawas
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar

Pemilik homestay ini, Andy dan Maureen melayan tetamunya termasuk Nurul dan rakan-rakannya dengan begitu mesra dan ramah. Di sini juga, anda berpeluang untuk merasai kopi beras, sejenis kopi yang diperbuat daripada beras yang dikaramelkan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat pemandangan bintang yang indah, milky way dan kunang-kunang pada waktu malam. Best nya!

4. Mendaki ke Pa Sarui View Point

Pada waktu siang, mereka meneruskan pengalaman YOLO mereka dengan mendaki ke Pa Sarui View Point. Menurut Nurul, jalan ke puncak Pa Sarui tidak begitu sukar. Dari atas puncak ini pula, anda dapat melihat pemandangan sawah padi yang menghijau serta view Kampung Buduk Nur secara keseluruhannya.

Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba'kelalan, Lawas
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar

5. Trekking ke Sungai Kumap untuk lihat penghasilan garam Long Kumap Salt Spring

Kunjungan anda ke Ba’kelalan tidak lengkap sekiranya tidak melawat ke pusat penghasilan garam tanah tinggi. Pada hari kedua di Ba’kelalan, Nurul dan rakannya mendaki laluan ke Long Kumap Salt Spring melalui laluan Sungai Kumap. Menariknya, garam yang dihasilkan di sini adalah daripada mata air dan dididihkan untuk mengasingkan garamnya.

Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba'kelalan, Lawas
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar

6. Mandi manda di Sungai Kumap

Selepas melawat ke Long Kumap Salt Spring, kesempatan masa yang terluang juga digunakan untuk mandi manda di Sungai Kumap. Sungainya jernih dan bersih. Apatah lagi, ia terletak di kawasan tanah tinggi, jadi suhu airnya lebih sejuk daripada kawasan sungai biasa.

Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba'kelalan, Lawas
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar

Nurul dan rakannya ternyata menikmati masa bersama mereka di Sungai Kumap. Sempat makan buah dan nasi lemak lagi.

7. Lawat tapak projek epal Ba’kelalan

Disebabkan geografi Ba’kelalan di tanah tinggi, penduduk setempat cuba untuk menanam pokok yang hidup di suhu rendah. Pokok epal juga tidak terkecuali. Jika anda datang ke sini, anda pastinya akan dibawa melawat ke tapak projek epal Ba’kelalan sambil mendengar cerita penduduk tempatan.

Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba'kelalan, Lawas
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar

8. Melawat Ba’kelalan Airport Handcraft

Sebelum berangkat pulang, Nurul dan rakannya sempat melawat ke pusat kraftangan setempat di lapangan terbang Ba’kelalan. Produk yang dihasilkan di sini sememangnya buatan asli masyarakat di situ. Jadi, rugilah kalau tak beli satu untuk kenang-kenangan dan buah tangan pulang.

Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar
Umpama Berada Di Switzerland, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Bercuti Di Tanah Tinggi Ba'kelalan, Lawas
Sumber foto : FB Nurul Anis Abu Bakar

Pengalaman yang rare Nurul dan rakannya ini dipandu oleh seorang jurupandu tempatan iaitu Badau. Selain daripada aktiviti ini, anda juga boleh melakukan aktiviti wajib buat yang lain seperti mendaki Gunung Murud, melawat sempadan Kalimantan, mendaki ke kawasan air terjun, melihat burung dan macam-macam lagi!

Best kan? Jika anda berhasrat untuk berkunjung ke Ba’kelalan, anda boleh menghubungi khidmat homestay di FB Bakelalan Owl House berserta pakej pelancongan dan jurupandu tempatan.

Tahukah anda anda boleh melihat keindahan alam yang tidak tertara di Bario, Sarawak? Baca selanjutnya di sini :

Sumber
FB Nurul Anis Abu Bakar

Artikel Berkaitan

Back to top button