• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan

Oleh
ILB - AI
10 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan

Dah tendang dan tarik rambut, dipukul pula dengan buku

Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan. Seorang pengasuh taska di Luyang yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki empat tahun di taska berkenaan direman seminggu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, suspek itu ditahan awka pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan
Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan. Kredit: Facebook

Perintah reman ke atas wanita berusia 27 tahun itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi tadi.

“Setakat ini, polis menerima tiga laporan polis daripada ibu mangsa, pengusaha taska dan pengasuh taska (suspek) yang mendakwa dikasari bapa kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Zhe dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris bersama pegawai serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Kinabalu mengadakan lawatan dan tinjauan di taska berkenaan, pagi tadi.

Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan
Kredit: Harian Metro

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 12 saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditendang, ditampar dan rambut ditarik oleh pengasuh di sebuah taska di Luyang sejak petang tadi.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak lelaki itu ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.

Baca lagi artikel menarik:

Guna Nama Abang Jo Sebagai ‘Marketing’, Ini Penjelasan Dari Pemilik Gerai Laksa Sarawak
Pasangan Tanpa Baju Ditemui ‘Tewas’ Dalam Kereta, Disyaki Terhidu Gas Karbon Monoksida
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berjaya Harumkan Nama Malaysia, Ibu Tunggal Dari Miri Raih 2 Emas 1 Perak Sukan Memanah Di Kazakhstan Berjaya Harumkan Nama Malaysia, Ibu Tunggal Dari Miri Raih 2 Emas 1 Perak Sukan Memanah Di Kazakhstan
Next Article Sah, Taeyang Dan CL Antara Artis Lineup Bakal Gegarkan Borneo Sonic Di Kuching Sah, Taeyang Dan CL Antara Artis Lineup Bakal Gegarkan Borneo Sonic Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?