• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tengah Jalani Kuarantin, Premier Sarawak Disahkan Positif COVID-19

Oleh
Nazihah AN
8 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tengah Jalani Kuarantin, Premier Sarawak Disahkan Positif COVID-19

Beliau dilaporkan positif malam tadi

Tengah Jalani Kuarantin, Premier Sarawak Disahkan Positif COVID-19. Telah dilaporkan bahawa Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah disahkan positif COVID-19 dan kini dalam kuarantin. Kenyataan ini telah dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, hari ini.

Isi Isi Penting
  • Beliau dilaporkan positif malam tadi
  • “Kami dimaklumkan mengenai berita itu pada jam 9 malam tadi”
  • Bersama kita doakan kesejahteraan beliau
  • Lagi di sini:
Tengah Jalani Kuarantin, Premier Sarawak Disahkan Positif COVID-19
Tengah Jalani Kuarantin, Premier Sarawak Disahkan Positif COVID-19. Ketua Menteri Sarawak – Abang Johari


“Kami dimaklumkan mengenai berita itu pada jam 9 malam tadi”

Beliau berkata pada majlis perasmian Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Hotel Pullman Miri pada hari ini. Jika diikutkan, Abang Johari telah dijadualkan untuk turut merasmikan sambutan Hari Wanita Sarawak 2022 (HW22).

“Saya ingin menyampaikan salam kemaafan daripada yang amat berhormat Tan Sri Abang Johari Premier Sarawak kerana tidak dapat menghadiri majlis pagi ini kerana beliau disahkan positif COVID-19. Kami dimaklumkan mengenai berita itu pada jam 9 malam tadi,” katanya.

“Sama-sama kita doakan agar Premier Sarawak kita cepat sembuh seperti sedia kala,” tambah Dato Sri Fatimah Abdullah.

Tengah Jalani Kuarantin, Premier Sarawak Disahkan Positif COVID-19
Datuk Sri Fatimah Abdullah

Bersama kita doakan kesejahteraan beliau

Baru-baru ini, dua lagi anggota Kabinet Sarawak disahkan positif Covid-19. Pada 28 Feb lepas, Timbalan Perdana Menteri Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian mengumumkan di Facebook bahawa beliau telah disahkan positif Covid-19.

Beliau telah pulih dan menyelesaikan Perintah Pengawasan Rumah (HSO), manakala status risikonya pada aplikasi MySejahtera kembali kepada ‘Risiko Rendah’.

Pada 2 Mac, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) Datuk Gerawat Gala disahkan positif Covid-19.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar IPT Dari Keluarga B40 Layak Mohon Tablet Percuma Bermula April Ini
Next Article Tidak Jaga Jarak, Lori Rempuh Ambulans Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Jalan Asajaya - Sadong Jaya Tidak Jaga Jarak, Lori Rempuh Ambulans Sempat Dirakam Dashcam Netizen Di Jalan Asajaya – Sadong Jaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?