• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tengah Sedap Makan, Wanita ‘Loya Tekak’ Jumpa 3 Ekor Lipas Dalam Botol Kicap Di Kedai Makan

Oleh
Aina Musa
21 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tengah Sedap Makan, Wanita 'Loya Tekak' Jumpa 3 Ekor Lipas Dalam Botol Kicap Di Kedai Makan

Dah Makan Banyak Suap, Baru Perasan Dalam Botol Kicap Ada Banyak Lipas

Tengah Sedap Makan, Wanita ‘Loya Tekak’ Jumpa 3 Ekor Lipas Dalam Botol Kicap Di Kedai Makan. Kebersihan merupakan aspek utama ketika menyediakan makanan. Mana tidaknya, bakteria-bakteria boleh menyebabkan makanan anda tercemar dan kemudiannya mengakibatkan keracunan makanan.

Baru-baru ini, tular satu klip video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok (@laylaazli), menyaksikan dia sedang menjamu selera masakan nasi berlauk bersama kicap.

Tengah Sedap Makan, Wanita 'Loya Tekak' Jumpa 3 Ekor Lipas Dalam Botol Kicap Di Kedai Makan
Tengah Sedap Makan, Wanita ‘Loya Tekak’ Jumpa 3 Ekor Lipas Dalam Botol Kicap Di Kedai Makan. Kredit: BuzzKini

Namun, siapa sangka wanita ini yang pada awal berselera menikmati hidangannya terkejut apabila dia menyedari terdapat tiga ekor lipas di dalam botol kicap yang dituangnya ke atas nasi.

Kalau dilihat daripada video itu, memang jelas kelihatan ya terdapat lipas-lipas besar dalam botol itu.

Menurut Laylaa, dia yang sudah menyuap nasi 3 ke 4 kali baru perasan tentang kewujudan serangga perosak tersebut di dalam botol selepas menuang kicap kali kedua.

Menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik oleh wanita ini, dia menjelaskan tentang situasi itu dengan lebih mendalam kepada pengikutnya.

Tengah Sedap Makan, Wanita 'Loya Tekak' Jumpa 3 Ekor Lipas Dalam Botol Kicap Di Kedai Makan

Laylaa berkata dia berasa geli apabila melihat komen-komen yang dilontarkan oleh orang ramai di ruangan komen.

“Nanti tumbuh sesungut dan kaki mula rasa tajam-tajam,” kata netizen di ruangan komen seolah-olah mahu bergurau.

Dalam masa yang sama, dia turut menjawab soalan yang ditanyakan oleh orang ramai iaitu bagaimanakah lipas tersebut boleh memasuki botol kicap?

Tengah Sedap Makan, Wanita 'Loya Tekak' Jumpa 3 Ekor Lipas Dalam Botol Kicap Di Kedai Makan

Laylaa berkata kejadian ini berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri dan tidak membabitkan mana-mana syarikat.

Tegasnya, orang dalam rumah berkemungkinan tidak menyedari bahawa mereka terlupa untuk menutup penutup botol kicap yang diletakkan di dapur.

Namun begitu, dia tetap berasa musykil bagaimana lipas yang bersaiz besar boleh memasuki lubang kecil pada botol kicap itu.

Tambah Laylaa, dia tidak menghidapi sebarang penyakit seperti sakit perut atau keracunan makanan selepas insiden tersebut berlaku.

Baca lagi artikel menarik:

Lelaki Bengang Rider Tak Hantar Makanan Sampai Depan Pintu Rumah, Alasannya Sakit Kaki
Lelaki Temui Ajal Gara-Gara Makan ‘Oyster’ Mentah Di Restoran
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Catat Kedudukan Tertinggi Dalam Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia Sarawak Catat Kedudukan Tertinggi Dalam Perkahwinan Bawah Umur Di Malaysia
Next Article Nasi Lemak Dengan Lauk Durian, Buat Netizen Keliru Dan Muak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?