• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perkongsian Tengku Hassanal Di Instagram Tentang Sarawak Buat Rakyat Teruja

Oleh
Aina Musa
17 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Perkongsian Tengku Hassanal Di Instagram Tentang Sarawak Buat Rakyat Teruja

Tengku Hassanal Kongsi Foto Lawatan Ke Sarawak

Perkongsian Tengku Hassanal Di Instagram Tentang Sarawak Buat Rakyat Teruja. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Pahang, telah menzahirkan rasa gembira yang melampau di Instagram kerana dapat melawat negeri Sarawak buat kali kedua.

Lebih 66 ribu pengikut baginda telah menyukai dan memberi komen positif terhadap siaran tersebut.

Ini merupakan hari kedua lawatan rasmi Pemangku Raja ke ibu negeri Sarawak.

Perkongsian Tengku Hassanal Di Instagram Tentang Sarawak Buat Rakyat Teruja. Sumber: Instagram

Semalam, baginda singgah ke pejabat Petros di iCom Square untuk mendengar taklimat mengenai strategi Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) negeri ini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Petros.

Seterusnya, rombongan Duli Yang Teramat Mulia bertolak ke ibu pejabat Sarawak Energy Berhad di Menara Sarawak Energy.

Di sana mereka disambut oleh beberapa menteri kerajaan negeri dan pengerusi syarikat tersebut.

Selepas itu, Tengku Hassanal melawat Muzium Budaya Borneo. Beberapa kakitangan muzium termasuk kuratornya telah memberi penerangan dan taklimat tentang artifak dan pameran semasa lawatan baginda di muzium berkenaan.

Malam semalam, jamuan makan malam istimewa telah diadakan sempena kedatangan rombongan diraja Pahang.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Ketua Menteri Sarawak beserta tetamu kehormat yang lain.

Secara keseluruhannya, kunjungan rasmi 5 hari Pemangku Raja dan pengiringnya ke Kuching ini adalah bagi tujuan mempelajari dengan lebih mendalam mengenai tenaga boleh diperbaharui yang ditawarkan negeri Sarawak.

Baca lagi artikel menarik:

Tengku Hassanal Umum Bakal Lawat Sarawak Lagi Bulan Ini
Tengku Hassanal Pakai Baju Bidayuh Jadi Perhatian Warga Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Galeri Hoan Anjur Pameran Mendiang Pengasas Sarawak Fine Arts School, Chong Liew Syn
Next Article Sarawak Perintah Vaksinasi Wajib Untuk Semua Anjing Peliharaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?