• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tergamak Langgar Lari Pejalan Kaki Lintas Jalan, Warga Emas Maut Di Serian

Oleh
Aina Musa
14 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tergamak Langgar Lari Pejalan Kaki Lintas Jalan, Warga Emas Maut Di Serian

Polis kini buru suspek

Tergamak Langgar Lari Pejalan Kaki Lintas Jalan, Warga Emas Maut Di Serian. Seorang pejalan kaki warga emas wanita maut selepas dilanggar lari sebuah kenderaan di Kilometer 80 Jalan Kuching-Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, polis menerima panggilan sekitar jam 6.20 pagi yang memaklumkan satu kemalangan langgar lari melibatkan mangsa, Singgot Lumba yang berusia 67 tahun.

Tergamak Langgar Lari Pejalan Kaki Lintas Jalan, Warga Emas Maut Di Serian
Tergamak Langgar Lari Pejalan Kaki Lintas Jalan, Warga Emas Maut Di Serian. Kredit: Borneo Network

Mangsa mahu lintas jalan tetapi dilanggar sebuah kenderaan

“Kemalangan berlaku semasa mangsa sedang melintas jalan dari arah sebelah kiri jalan arah menuju ke Sri Aman.

“Mangsa dipercayai telah dilanggar sebuah kenderaan belum dikenal pasti yang datang dari arah Serian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Jelasnya, akibat perlanggaran ini, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa ditemui oleh penduduk kampung

Kata Aswandy, mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang melalui kawasan terbabit.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Tegasnya, Kes ini disiasat di bawah seksyen 41(1) APJ 1987.

Tergamak Langgar Lari Pejalan Kaki Lintas Jalan, Warga Emas Maut Di Serian

Sehubungan itu, beliau menyeru agar masyarakat awam menyalurkan maklumat berkenaan kes ini.

Tambahnya, sebarang maklumat berkenaan kes kemalangan ini boleh menghubungi Sub Inspektor Adrian Francis di talian 019-8347530 atau 082-874260.

Baca lagi artikel terkini:

Kongsi Video Memerang Dan Buaya ‘Chilling’ Di Sungai Sarawak, Buat Netizen Terhibur
https://www.iloveborneo.my/terkenal-dengan-menu-nasi-goreng-cornbeef-anda-wajib-singgah-ke-stall-43-kubah-ria/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kongsi Video Memerang Dan Buaya 'Chilling' Di Sungai Sarawak, Buat Netizen Terhibur Kongsi Video Memerang Dan Buaya ‘Chilling’ Di Sungai Sarawak, Buat Netizen Terhibur
Next Article ‘Lee Min Ho Pernah Cuci Kereta Di Tuaran’, Netizen Terhibur Lihat Banner Peniaga Di Sabah Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?