• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tergamak Mahu Bakar Rumah Dan Ugut Ahli Keluarga, Penggangur Dipenjara Dua Bulan Di Kuching

Oleh
Aina Musa
10 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tergamak Mahu Bakar Rumah Dan Ugut Ahli Keluarga, Penggangur Dipenjara Dua Bulan Di Kuching

Kejadian berlaku di Kampung Tabuan tengah

Tergamak Mahu Bakar Rumah Dan Ugut Ahli Keluarga, Penggangur Dipenjara Dua Bulan Di Kuching. Seorang penganggur didenda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Abdul Rahni Mohamad Tajudin, 24, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tergamak Mahu Bakar Rumah Dan Ugut Ahli Keluarga, Penggangur Dipenjara Dua Bulan Di Kuching
Tergamak Mahu Bakar Rumah Dan Ugut Ahli Keluarga, Penggangur Dipenjara Dua Bulan Di Kuching. Kredit: Borneo Post

Suspek dijatuhkan hukuman penjara dua bulan

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mohamad Abdul Rahni melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Tabuan Tengah di sini sekitar jam 6.49 petang pada 4 April 2023.

Tergamak Mahu Bakar Rumah Dan Ugut Ahli Keluarga, Penggangur Dipenjara Dua Bulan Di Kuching

Berdasarkan fakta kes, Mohamad Abdul Rahni tiba-tiba mengugut untuk mencederakan kakaknya serta keluarganya. Dia juga mengugut untuk membakar rumah itu.

Laporan polis dibuat oleh ahli keluarga sendiri

Kerana bimbang keselamatan dia dan keluarganya, ahli keluarga Mohamad Abdul Rahni membuat laporan polis yang membawa kepada penahanannya pada keesokan harinya.

Pendakwaan kes oleh Insp Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala Mohamad Abdul Rahni tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel terkini:

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 20 April Ini
Kerajaan Sarawak Bantu Tampung Kos Tiket Penerbangan Pelajar IPT, Ini Cara Mengisi I-GPS 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Bantu Tampung Kos Tiket Penerbangan Pelajar IPT, Ini Cara Mengisi I-GPS 2023 Kerajaan Sarawak Bantu Tampung Kos Tiket Penerbangan Pelajar IPT, Ini Cara Mengisi I-GPS 2023
Next Article Selepas Insiden ‘Dia Sakit’ Axia Merah, Myvi Kelabu Pulak Buat Onar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?