• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terima Tempahan 720 Pek Makanan Dari Kem Askar, Peniaga Kecewa Rupanya Ditipu ‘Scammer’ Di Miri

Oleh
Aina Musa
10 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Terima Tempahan 720 Pek Makanan Dari Kem Askar, Peniaga Kecewa Rupanya Ditipu 'Scammer' Di Miri

Taktik menyamar jadi askar dan tempah makanan jadi modus operandi baru ‘scammer’

Terima Tempahan 720 Pek Makanan Dari Kem Askar, Peniaga Kecewa Rupanya Ditipu ‘Scammer’ Di Miri. Seorang peniaga di Miri hari ini berkongsi kisah duka apabila beliau telah pun menjadi mangsa ‘scammer‘ selepas ditipu oleh individu yang menyamar sebagai seorang askar.

Dalam kejadian ini, peniaga tersebut memaklumkan beliau telah pun menerima tempahan 720 pek makanan daripada individu tersebut untuk 3 hari berturut-turut.

Pada awalnya, peniaga tersebut menerima mesej melalaui Whatsapp dari seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Tengku Azlan, seorang pegawai askar yang bertugas di sebuah kem askar di Miri.

Terima Tempahan 720 Pek Makanan Dari Kem Askar, Peniaga Kecewa Rupanya Ditipu 'Scammer' Di Miri
Terima Tempahan 720 Pek Makanan Dari Kem Askar, Peniaga Kecewa Rupanya Ditipu ‘Scammer’ Di Miri. Kredit: FB Noor Kitchen

Menurut beliau, tempahan makanan itu dibuat adalah untuk majlis penerimaan pegawai askar yang baharu dilantik.

Difahamkan, 720 pek makanan yang dipesan itu berjumlah RM7,128 dan scammer ini dikatakan terus meminta invois sebagai bukti tempahan telah pun dibuat.

Selesai membuat tempahan, scammer ini memaklumkan pihak katerer untuk berurusan dengan pihak kedua yang difahamkan sebagai ‘kapten’ yang bertugas dalam unit kewangan.

Terima Tempahan 720 Pek Makanan Dari Kem Askar, Peniaga Kecewa Rupanya Ditipu 'Scammer' Di Miri

Dalam pada masa yang sama, ‘kapten’ ini membuat satu lagi tempahan makanan, iaitu ‘makanan askar’ dari supplier luar dan meminta pihak katerer untuk berurusan pula dengan pihak pembekal tersebut.

Menurut perkongsian, pihak supplier meminta mereka untuk membayar deposit berjumlah RM 10K untuk makanan tersebut.

Terima Tempahan 720 Pek Makanan Dari Kem Askar, Peniaga Kecewa Rupanya Ditipu 'Scammer' Di Miri

Tambah pihak supplier tersebut, ‘kapten’ itu akan membayar semula deposit itu.

Pelik dengan ‘permainan’ ini, beliau terus bergegas ke kem yang dimaklumkan dan bersemuka dengan pegawai-pegawai di sana.

Menariknya, individu tersebut dikatakan tidak wujud dan tidak bertugas di kem itu.

Berdasarkan perkongsian beliau juga, pihak mereka telah pun menyiapkan 120 pek makanan yang dipesan oleh individu tersebut.

Atas kuasa viral, makanan tersebut habis terjual kurang dari 2 jam.

Baca lagi artikel menarik:

Katerer Dari Sabah Terima Tempahan 150 Set Makanan, Rupa-Rupanya Sekadar ‘Prank’ Sahaja
Gara-Gara Terpedaya Dengan ‘Phone Scam’, Pesara Dari Miri Rugi RM 1.2 Juta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masak Laksa Sarawak Sambil Belajar Bahasa Sarawak, Netizen Terhibur Lihat Gelagat TikTokers Ini
Next Article Cafe Aesthetic Di Miri, Nikmati Pelbagai Menu Western Menarik Di Icon Cafe Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?