• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Teringin Nak Jadi ‘Guide’ Untuk Pelancong? Tourism Malaysia Sarawak Ada Jawatan Kosong Untuk Anda

Oleh
Ismail NA
13 April 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Mungkin anda orang yang dicari?

Teringin Nak Jadi ‘Guide’ Untuk Pelancong? Tourism Malaysia Sarawak Ada Jawatan Kosong Untuk Anda. Jika anda merupakan individu yang mempunyai minat dalam dunia pelancongan, Tourism Malaysia Cawangan Sarawak mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di pejabat mereka di Kuching!

Isi Isi Penting
  • Mungkin anda orang yang dicari?
  • Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu anda tahu untuk dua jawatan ini.
  • Langkah demi langkah memohon
  • Di sini kami senaraikan lokasi pelancongan tersembunyi Sarawak yang boleh anda cadangkan kepada pelancong kalau anda dapat nanti:

Kesemua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai kelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Tourism Malaysia Sarawak seperti berikut;

  1. PERSONAL MYSTEP (dengan kelayakan Diploma)
  2. PERSONAL MYSTEP (dengan kelayakan SPM)

Individu yang ditawarkan kelak bagi jawatan PERSONAL MYSTEP kelayakan Diploma bakal menikmati kadar upah sebanyak RM 1,800.00 sebulan manakala PERSONAL MYSTEP kelayakan SPM bakal menerima kadar upah sebanyak RM 1,600.00 sebulan. Penempatan adalah di Pejabat Penyeliaan TIC Sarawak bertempat di Riverbank Suites, Kuching (bersebelahan Hotel Grand Margherita).

Teringin Nak Jadi 'Guide' Untuk Pelancong? Tourism Malaysia Sarawak Ada Jawatan Kosong Untuk Anda
Teringin Nak Jadi ‘Guide’ Untuk Pelancong? Tourism Malaysia Sarawak Ada Jawatan Kosong Untuk Anda

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu anda tahu untuk dua jawatan ini.

1

PERSONAL MYSTEP (Kelayakan Diploma)

  • Warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun ke atas
  • Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan komputer terutama perisian asas Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint, Teams dan lain-lain).
  • Mampu bekerja di bawah tekanan dan penyeliaan yang minimum.

Deskripsi tugas

  • Membantu, merancang, memantau dan melaksanakan perjalanan program, pameran dan publisiti yang telah dirancang serta segala tugasan tambahan.
  • Membantu merancang lawatan dan memberikan maklumat pelancongan yang terkini mengenai tempat-tempat tarikan pelancongan, kemudahan tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya dengan tepat dan betul.
  • Menerima aduan dan memberikan panduan kepada pelancong yang menghadapi sebarang masalah atau kesulitan berkaitan dengan lawatan atau percutian.
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah dan Penyelia dari semasa ke semasa.
2

PERSONAL MYSTEP (Kelayakan SPM)

  • Warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun ke atas
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ATAU;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan SERTA Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan SERTA Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan komputer terutama perisian asas Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint, Teams dan lain-lain).
  • Mampu bekerja di bawah tekanan dan penyeliaan yang minimum.

Deskripsi tugas

  • Bertanggungjawab memantau dan menghantar laporan kehadiran (kad perakam waktu) pegawai dan kakitangan ke Ibu Pejabat setiap bulan.
  • Menyimpan serta mengemas kini data-data statistik pelancongan dan aturan harian rasmi pejabat dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah dan Penyelia dari semasa ke semasa.

Langkah demi langkah memohon

Langkah 1: Muat turun borang LPPM-1 yang boleh didapati di pautan berikut. Cetak dan isi secara fizikal;

BORANG PERMOHONAN JAWATAN PERSONAL MYSTEP TOURISM MALAYSIA SARAWAK

Langkah 2: Setelah anda melengkapkan borang permohonan, sediakan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak seperti dalam borang. Pastikan dokumen tersebut diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Susun dokumen mengikut susunan senarai semak.

Pastikan juga anda mengemukakan gambar pasport terkini. Gambar selain gambar pasport tidak dibenarkan.

Langkah 3: Kepil borang dan dokumen bersama dan masukkan ke dalam sampul berukuran 23cm x 32 cm. Tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.

Langkah 4: Hantar sampul berisi permohonan ke alamat berikut sebelum jam 5 petang, 22 April 2022 (Jumaat);

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber April Manusia
Aras 9, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Perancangan)

Maklumat lanjut mengenai jawatan kosong ini boleh didapati di laman Facebook Tourism Malaysia Sarawak.

IKLAN JAWATAN KOSONG! 🔊🔊🔊 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18…

Posted by Tourism Malaysia Sarawak on Monday, April 11, 2022

Jom cuba! Mana tahu rezeki anda ada di sini.

Di sini kami senaraikan lokasi pelancongan tersembunyi Sarawak yang boleh anda cadangkan kepada pelancong kalau anda dapat nanti:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik! Don’s Burger Akhirnya Dibuka Pada 16 April Ini Di Milan Square, Kuching
Next Article Abdul Karim Menggesa KKM Dan JPBNS Mempertimbangkan Untuk Mansuh Mandat Pelitup Muka Abdul Karim Menggesa KKM Dan JPBNS Mempertimbangkan Untuk Mansuh Mandat Pelitup Muka

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?