• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu

Oleh
Husna Hazmi
1 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Satu kes kematian baharu hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 39 kes.

Isi Isi Penting
  • Satu kes kematian baharu hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.
  • Kes kematian ke-39 melibatkan seorang lelaki warga tempatan
  • Daerah Kapit telah bertukar status dari status Jingga kepada status Merah
  • Daerah Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah

Manakala terdapat 105 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Miri (20), Bintulu (19), Lundu (14), Sibu (13) Kapit (11), Meradong (8), Song (6), Bau (2), Kanowit (2), Serian (2), Kuching (1), Samarahan (1), Matu (1), Julau (1), Pakan (1), Dalat (1), Beluru (1) dan Subis (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 4,555 kes.

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu
TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu. Gambar hiasan

Kes kematian ke-39 melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian ke-39 merupakan kes ke-3,285 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 yang berasal dari Sibu, Sarawak. Kes ini telah disaring pada 22 Januari 2021 kerana mengalami demam sejak 22 Januari 2021.

Keputusan ujian rT-PCR kes telah didapati positif COVID-19 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. Keadaan kesihatan kes semakin teruk dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 29 Januari 2021.

Kes tidak menunjukkan perkembangan terhadap rawatan dan telah disahkan meninggal dunia pada jam 8:01 pagi pada 31 Januari 2021.

Kes mempunyai ko-morbid masalah paru-paru kronik tahap empat (MMRC IV, darah tinggi dan gout) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu

Daerah Kapit telah bertukar status dari status Jingga kepada status Merah

Hari ini, Daerah Kapit telah bertukar status dari status Jingga kepada status Merah setelah sejumlah 41 kes positif COVID-19 jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bau dan Lundu telah bertukar status daripada Kuning kepada status Jingga setelah masing-masing merekodkan sebanyak 22 dan 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Beluru pula telah bertukar dari status Merah kepada status Kuning setelah terdapat 20 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu

Daerah Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah

Hari ini Daerah Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,934 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tujuh (7) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 84 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Matu, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 122 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala sembilan (9) daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gerai Baru Nasi Lemak Jambatan Tamparuli Di Shah Alam Beri 100 Bungkus Nasi Lemak Percuma Selama 6 Hari
Next Article Vaksin COVID-19 Dijangka Bakal Tiba Di Malaysia Pada 26 Februari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?