• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 2 Kemataian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 120 Kes Positif Baharu

Oleh
Husna Hazmi
25 Januari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Hari ini terdapat dua kematian baharu dan kedua-duanya adalah dari Sibu.

TERKINI: 2 Kemataian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 120 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat 2 kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 30 kes.

Isi Isi Penting
  • Hari ini terdapat dua kematian baharu dan kedua-duanya adalah dari Sibu.
  • Kes kematian Ke-29 seorang perempuan warga tempatan
  • Daerah Bintulu telah bertukar kepada status Merah
  • Daerah Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah

Manakala terdapat 120 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (52), Subis (11), Miri (10), Dalat (9), Bintulu (9), Kanowit (6), Samarahan (5), Julau (5), Song (3), Kuching (2), Kapit (2), Sarikei (1), Pakan (1), Selangau (1), Lubok Antu (1), Telang Usan (1) dan Serian (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 3,499 kes.

Kes kematian Ke-29 seorang perempuan warga tempatan

Kes kematian Ke-29 merupakan kes ke-2,855 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 24 Januari 2021 disebabkan kesukaran pernafasan dan telah diintubasi bagi bantuan pernafasan.

Saringan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Januari 2021 jam 1.51 pagi di Hospital Sibu. Kes ini juga mempunyai ko-morbid iaitu penyakit darah tinggi, obesiti dan penyakit paru-paru kronik (COPD).

Kes kematian ke-30 merupakan kes ke-2,672 merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 52 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 19 Januari 2021 disebabkan kesukaran pernafasan akibat lebihan air dalam badan punca daripada ko-mobid penyakit buah pinggang kronik.

Saringan ujian rt-PCR COVID-19 di hospital adalah positif COVID-19. Kes telah disahkan meninggal dunia pada 25 Januari 2021 jam 8.14 pagi di Hospital Sibu. Kes ini juga mempunyai komorbid iaitu penyakit darah tinggi, dislipidemia dan kencing manis.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

TERKINI: 2 Kemataian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 120 Kes Positif Baharu
TERKINI: 2 Kemataian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 120 Kes Positif Baharu

Daerah Bintulu telah bertukar kepada status Merah

Hari ini, Daerah Bintulu telah bertukar status dari status Jingga kepada Merah setelah mencatatkan sejumlah 46 kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.

Daerah Dalat yang telah bertukar ke status merah semalam telah kembali berstatus Jingga dengan sejumlah 39 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Subis telah bertukar dari status Kuning kepada status Jingga sejumlah 22 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Telang Usan pula telah bertukar status dari status Hijau kepada status Kuning setelah satu (1) kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: 2 Kemataian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 120 Kes Positif Baharu

Daerah Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah

Daerah Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,578 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lima (5) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

 Daerah Betong, Song dan Sebauh kekal berstatus Jingga dengan 90 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

 Daerah Bukit Mabong, Tatau, Bau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 92 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 11 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tawaran Biasiswa Penuh Di Universiti Brunei Darussalam, Permohonan Dibuka Sekarang Tawaran Biasiswa Penuh Di Universiti Brunei Darussalam, Permohonan Dibuka Sekarang
Next Article Beberapa Penduduk Rumah Panjang Yang Dikawal Ketat Di Sibu Mungkin Melarikan Diri Melalui Jalan Hutan Beberapa Penduduk Rumah Panjang Yang Dikawal Ketat Di Sibu Mungkin Melarikan Diri Melalui Jalan Hutan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?