• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI 4 FEBRUARI : Panduan Lengkap Perjalanan Ke Sarawak Dan Dalam Negeri Sarawak

Oleh
Ismail NA
4 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Berkuatkuasa sepanjang PKP/PKPB sehingga diberitahu kelak.

TERKINI 4 FEBRUARI : Panduan Lengkap Perjalanan Ke Sarawak Dan Dalam Negeri Sarawak. Menerusi tinjauan di beberapa laman komuniti di media sosial, masih ramai individu yang masih tertanya-tanya tentang langkah lengkap yang perlu dilakukan untuk memasuki Sarawak. Malah, masih ada juga yang keliru sama ada perlu menjalankan ujian saringan untuk tujuan rentas zon di dalam Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Berkuatkuasa sepanjang PKP/PKPB sehingga diberitahu kelak.
  • Kategori 1 : Perjalanan dari Semenanjung, Sabah, dan Labuan ke Sarawak
  • Kategori 2 : Perjalanan dalam Sarawak
  • Perkembangan lain di Sarawak :

Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan penting anda ke Sarawak.

Kategori 1 : Perjalanan dari Semenanjung, Sabah, dan Labuan ke Sarawak

Langkah 1 – Beli tiket penerbangan ke Sarawak. Disarankan untuk menggunakan penerbangan Malaysia Airlines dan Malindo Air jika berkemampuan bagi mengelakkan pembatalan secara berterusan. Sila rujuk jadual terkini penerbangan ke Sarawak yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) di pautan ini :

JADUAL PENERBANGAN SAHIH SDMC (KEMASKINI 15 JANUARI 2021)Download

Langkah 2 : Mohon permit kebenaran rentas negeri di balai polis berdekatan. Bawa sekali salinan pas berlepas (boarding pass) dan dokumen pengesahan/rasmi berkaitan untuk rujukan sekiranya diminta oleh anggota bertugas.

Langkah 3 : Ambil ujian RT-PCR COVID-19. Kemasukan ke Sarawak hanya menerima keputusan RT-PCR dan bukannya ujian kit pantas RTK Antigen. Untuk lebih selamat, pilih klinik yang menyediakan keputusan dalam tempoh 24-48 jam kerana keputusan sah selama 3 hari sahaja. Hari pertama dikira dari hari anda mengambil ujian tersebut, dan bukannya hari keputusan dikeluarkan.

*Alternatif : Jika anda berasa ragu-ragu, anda boleh membuat ujian saringan RT-PCR dahulu sebelum memohon permit rentas negeri di balai polis bagi memudahkan urusan.

Langkah 4 : Mohon kelulusan enterSarawak. Layari laman sesawang sdmc.sarawak.gov.my dan lampirkan sekali beberapa perkara berikut;

i. Keputusan ujian RT-PCR
ii. Permit rentas negeri dari balai polis
iii. Lain-lain dokumen yang berkaitan (Contoh : salinan kad pengenalan/surat majikan)

Langkah 5 : Isi e-Borang Pengisytiharan Kesihatan (HDF) dalam masa 12 jam sebelum berlepas. Anda dikehendaki mengisi borang ini selepas mendapat kelulusan enterSarawak.

Langkah 6 : Berlepas ke Sarawak dan kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan. Melalui pengalaman orang ramai yang telah memasuki Sarawak sepanjang tempoh ini, pusat kuarantin ditetapkan secara rawak. Ujian RT-PCR akan diambil pada hari ke-2 dan ke-10 semasa tempoh kuarantin.

TERKINI 4 FEBRUARI : Panduan Lengkap Perjalanan Ke Sarawak Dan Dalam Negeri Sarawak
TERKINI 4 FEBRUARI : Panduan Lengkap Perjalanan Ke Sarawak Dan Dalam Negeri Sarawak

Kategori 2 : Perjalanan dalam Sarawak

Sarawak kini berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali beberapa daerah yang dikenakan PKP. Perjalanan di Sarawak pula dibahagikan mengikut 3 zon iaitu zon Kuching (Kuching, Samarahan dan Serian), zon Sibu (Sarikei hingga Sibu) dan zon Miri (Miri).

Oleh yang demikian, hanya permit polis daripada balai yang berdekatan sahaja diperlukan untuk tujuan rentas zon di Sarawak. Anda tidak perlu mengemukakan sebarang ujian saringan.

Jaga diri, ikut SOP.

Perkembangan lain di Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekerja Kilang Maut Cedera Parah Akibat Tersepit Mesin Di Bintulu
Next Article Lebih 1,000 Orang Di Sibu Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19 Amat Memerlukan Bantuan Makanan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?