Keempat-empat kematian tersebut adalah di Bahagian Sibu.
TERKINI: 4 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 178 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat empat (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 48 kes.
Manakala terdapat 178 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak Sibu (67), Bintulu (24), Dalat (23),Kanowit (21), Kapit (10), Miri (6), Song (5), Samarahan (5), Kuching (3), Matu (3) Selangau (2), Sebauh(2), Beluru (2), Sarikei (1), Bau (1), Subis (1), Julau (1) dan Lawas (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 5,272 kes.
Keempat-empat kematian adalah dari Sibu
Kes kematian ke-45 merupakan kes ke-5,094 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 60 tahun.
Kes kematian ke-46 merupakan kes ke-4,031 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) yang berumur 95 tahun telah mendapat rawatan di Hospital Sibu apabila saringan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 28 Januari 2021.
Kes kematian ke-47 merupakan kes ke-3,713 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 82 tahun telah dimasukan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam.
Kes kematian ke-48 merupakan kes ke-4,920 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 79 tahun yang telah dimasukkan Hospital Sibu apabila ujian bagi saringan kontak rapat dengan kaedah ujian rT-PCR kali kedua adalah positif COVID-19 pada 03 Februari 2021. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 05 Februari 2021.
Takziah diucapkan kepada anggota keluarga.
Daerah Kuching di Bahagian Kuching telah kembali ke status Jingga
Hari ini, Daerah Kuching di Bahagian Kuching telah kembali ke status Jingga daripada status Merah setelah merekodkan hanya 35 kes jangkitan tempatan dikesan dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Daerah Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,929 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas. Daerah Matu, Sri Aman, Selangau, Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 186 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, dan Samarahan kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 132 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala sembilan (9) daerah lain masih kekal.
Daerah Lundu dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
Memandangkan kes positif di Daerah Lundu semakin meningkat, maka Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Sebako, Lundu berkuatkuasa mulai 06 Februari (12.01 pagi) hingga 19 Februari 2021 (11.59 malam).
Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Daerah Dalat, Mukah. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Daerah Dalat, Mukah DILANJUTKAN mulai 10 Februari (12.01 pagi) hingga 16 Februari 2021 (11.59 malam).