• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: Bazaar Ramadhan Dibenarkan Beroperasi, 2 Kematian Melibatkan COVID-19 Dicatat Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
25 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Pembukaan bazaar Ramadhan adalah dibenarkan tetapi..

TERKINI: Bazaar Ramadhan Dibenarkan Beroperasi, 2 Kematian Melibatkan COVID-19 Dicatat Hari Ini. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Bazaar Ramadhan adalah DIBENARKAN untuk beroperasi sepanjang bulan Ramadhan bermula 12 April hingga 12 Mei 2021 dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Sebelum memulakan operasi, premis-premis ini dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB).

Semua pekerja dan pengusaha mesti telah menjalani ujian swab untuk RT-PCR (keputusan negatif COVID-19) sebelum memulakan operasi. Pemeriksaan berkala akan dilaksanakan untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi. SOP boleh diperolehi dari laman web Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak (http://mlgh.sarawak.gov.my).

TERKINI: Bazaar Ramadhan Dibenarkan Beroperasi, 2 Kematian Melibatkan COVID-19 Dicatat Hari Ini

Dua kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19

Pada hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID19 telah meningkat seramai 101 orang.

Kes kematian ke-100 merupakan kes ke-9,605 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Sibu apabila ujian bagi saringan bergejala COVID-19 dengan rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 28 Februari 2021.

TERKINI: Bazaar Ramadhan Dibenarkan Beroperasi, 2 Kematian Melibatkan COVID-19 Dicatat Hari Ini

Kes kematian ke-101 melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian ke-101 merupakan kes ke-14,314 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 88 tahun yang telah mendapat rawatan dan saringan ujian COVID-19 di Hospital Sibu kerana merupakan kontak kepada kes positif.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Hari ini terdapat 308 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Serian (66), Bintulu (60), Sibu (58), Meradong (46), Miri (40), Kuching (11), Samarahan (8), Beluru (5), Betong (4), Kapit (3), Bukit Mabong (2), Julau (2), Sri Aman (2) dan Sebauh (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 14,963 kes.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 105 Diuji Positif COVID-19 Dari Kluster Yang Berkaitan Dengan Kompleks Membeli-Belah Di Miri 105 Diuji Positif COVID-19 Dari Kluster Yang Berkaitan Dengan Kompleks Membeli-Belah Di Miri
Next Article Vaksin Sinovac Sudah Tiba Di Sabah Dan Sarawak Vaksin Sinovac Sudah Tiba Di Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?