• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Kapal Dengan 125 Anak Kapal Karam Di Perairan Baram

Oleh
ILB - AI
27 Oktober 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Difahamkan operasi menyelamat masih dijalankan

TERKINI : Kapal Dengan 125 Anak Kapal Karam Di Perairan Baram. Sebuah kapal dengan 125 orang anak kapal dilaporkan karam di Perairan Baram awal pagi tadi.

Menurut laporan ringkas yang dikeluarkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di laman facebook mereka, mereka mengesahkan pada lebih kurang jam 6.45 pagi tadi, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) telah menerima aduan dari kapal Sapura Construction melaporkan kapal telah menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

Kapal Sapura Construction telah bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz yang dilaporkan kapal terbabit mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.

TERKINI : Kapal Dengan 125 Anak Kapal Karam Di Perairan Baram

Aset-aset bantuan telah segera bergerak ke lokasi yang merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

Pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui.Semua kru yang telah dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian.

Pihak MRCC Putrajaya kini sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru dalam Operasi Carilamat kru Kapal Dayang Topaz yang masih hilang . Punca kejadian masih siasatan.

Baca lagi artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 3 Syarikat Yang Terlepas Peluang Emas Untuk Perniagaan Mereka Ini Adalah 3 Syarikat Yang Terlepas Peluang Emas Untuk Perniagaan Mereka
Next Article Pos Malaysia KLIA Ditutup Sementara, Penghantaran Ke Sabah Sarawak Dijangka Tergendala

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?