• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[TERKINI] Projek Solar Sekolah Di Sarawak, Rosmah Didapati Bersalah Ke Atas 3 Tuduhan

Oleh
Nazihah AN
1 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
3 Tuduhan Termasuk Projek Untuk Sekolah Di Sarawak

Tuduhan rasuah berkenaan dengan projek hibrid solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak

[TERKINI] Projek Solar Sekolah Di Sarawak, Rosmah Didapati Bersalah Ke Atas 3 Tuduhan. Selepas hampir 4 tahun perbicaraan berlangsung, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengetahui sama ada beliau akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagaimanapun, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah memfailkan permohonan di saat akhir supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan berhubung kes tersebut.

Termasuk Projek Untuk Sekolah Di Sarawak, 3 Keputusan Tuduhan Ke Atas Rosmah Masih Ditunggu
[TERKINI] Projek Solar Sekolah Di Sarawak, Rosmah Didapati Bersalah Ke Atas 3 Tuduhan. Sumber gambar: Reuters

Atas alasan ‘hilang kepercayaan’ terhadap hakim

Permohonan itu dibuat kerana Rosmah berkata beliau hilang kepercayaan terhadap Mohamed Zaini untuk membuat keputusan dalam kes rasuah membabitkan projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya, hari ini.

Rosmah binti Mansor, 70, telah menghadapi satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

[TERKINI] Projek Solar Sekolah Di Sarawak, Rosmah Didapati Bersalah Ke Atas 3 Tuduhan
Sumber gambar: BHarian

Datin Seri Rosmah Mansor memasuki bilik Mahkamah Jenayah 2 dengan diiringi pegawai dan peguam utamanya.

Rasuah terbabit didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan (KPM) secara rundingan terus.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh mewakili Rosmah.

[TERKINI] Projek Solar Sekolah Di Sarawak, Rosmah Didapati Bersalah Ke Atas 3 Tuduhan
Sumber gambar: Twitter @mutttaqinn

Menurut Berita Harian, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.55 pagi hari ini. Kelihatan Rosmah memasuki bilik Mahkamah Jenayah 2 dengan diiringi pegawai dan peguam utamanya Datuk Jagjit Singh.

**Telah dikemaskini**

Hakim telah mendapati Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya, kerana pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah.

[TERKINI] Projek Solar Sekolah Di Sarawak, Rosmah Didapati Bersalah Ke Atas 3 Tuduhan

Lagi cerita semasa anda boleh baca pautan di bawah:

Laungan ‘Kami Sayang PM’ Disahut Dengan ‘Boo’, Video Di TikTok Ini Tular

Terkenang Bapanya Tak Dapat Minum Starbuck Dalam Penjara, Kebimbangan Anak Najib Jadi Bahan Jenaka Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Unit 'Kegemaran' Netizen Malaysia, Ini 4 Fakta Menarik Tentang Unit K9 Di Malaysia Unit ‘Kegemaran’ Netizen Malaysia, Ini 4 Fakta Menarik Tentang Unit K9 Di Malaysia
Next Article Peguam Pembela Rosmah Dakwa Hakim Di Mahkamah Tinggi Berat Sebelah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?