Statistik Tersebut Telah Diumumkan Oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
TERKINI : Sarawak Lapor 15 Kes Positif Baru COVID-19 Hari Ini, Keseluruhan Kini 327 Kes. Sarawak hari ini terus mencatatkan kes positif baharu COVID-19 apabila sejumlah 15 kes baharu dilaporkan kepada umum. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 327 kes sejak kes pertama dilaporkan di Sarawak pada 13 Mac yang lalu. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sebentar tadi.
Daripada jumlah terbaharu itu, sebanyak 14 kes kini dirawat di Hospital Umum Sarawak manakala 1 kes dirawat di Hospital Bintulu.
254 Kes PUI Baru Dilaporkan Hari Ini
Dalam masa yang sama, seramai 254 kes Person Under Investigation baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dikesan adalah 2,259 kes. Daripada jumlah tersebut, 1,696 kes didapati negatif manakala 327 kes PUI masih menunggu keputusan daripada makmal.
Pecahan kes PUI setakat ini adalah seperti berikut :
Daerah | Kes |
Kuching | 194 |
Samarahan | 16 |
Bau | 11 |
Simunjan | 11 |
Serian | 6 |
Bintulu | 5 |
Belaga | 4 |
Miri | 4 |
Lubok Antu | 1 |
Betong | 1 |
Kapit | 1 |
Jumlah | 254 |
207 Rakyat Sarawak Tiba Hari Ini, Diletakkan Bawah Person Under Surveillance (PUS)
Selain itu, terdapat pertambahan 207 orang rakyat Sarawak yang pulang hari ini menjadikan jumlah keseleuruhan kini sebanyak 575 orang rakyat Sarawak pulang dari luar negara, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan. Mereka dikategorikan sebagai Person Under Surveillance (PUS) dan diletakkan di beberapa pusat kuarantin di seluruh Sarawak.
Bahagian | Hotel | Bilangan PUS |
Kuching | M Hotel (Hock Lee) | 108 |
Rajah Court Dormani | 87 | |
Kuching Park | 78 | |
Bintulu | Wasan Inn | 16 |
Miri | Mega | 89 |
Somerset | 45 | |
Ostay Inn | 7 | |
Cosy Inn | 13 | |
Imperial | 63 | |
Limbang | Purnama | 69 |
Jumlah | 575 |