• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ternampak Bilik Tunang Bersepah Dan Kotor, Individu Ini Kini Berasa Jijik Terhadap Tunangnya

Oleh
ILB - AI
23 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Ternampak Bilik Tunang Bersepah Dan Kotor, Individu Ini Kini Berasa Jijik Terhadap Tunangnya

“Kejadian ni mengubah persepsi saya terhadap tunang saya,”

Ternampak Bilik Tunang Bersepah Dan Kotor, Individu Ini Kini Berasa Jijik Terhadap Tunangnya. Tempoh pertunangan sebelum berkahwin adalah tempoh di mana pasangan mengenali satu sama lain. Semestinya, kita harus berasa selesa antara satu sama lain jika kita nak hidup bersama pasangan kita sepanjang hayat, kan?

Namun bagi individu ini pula, luahannya tentang perangai tunangnya yang rupa-rupanya pengotor telah menerima perhatian orang ramai.

Ternampak Bilik Tunang Bersepah Dan Kotor, Individu Ini Kini Berasa Jijik Terhadap Tunangnya

Terhidu bau kepam dari bilik tunang

Baru-baru ini, luahan seorang individu mengenai perangai tunangnya yang pengotor telah dikongsi menerusi Twitter oleh @ConfessTweetMY.

Menurut si peluah, yang difahamkan bakal mengahwini tunangnya pada awal tahun depan, dia telah mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik tunangnya secara senyap-senyap selepas makan malam di rumah bakal mertuanya baru-baru ini. Namun, apa yang dilihatnya membuatnya menyesal memasuki bilik tunangnya.

Ketika membuka pintu bilik tunangnya, dia terhidu bau kepam yang kuat. Malah, dia mengesyaki bau tersebut adalah kombinasi bau basah, rokok, dan / atau bau orang tidak mandi.

Apabila dia membuka lampu bilik tunangnya, dia terkejut melihat bilik terbabit bersepah – dengan bekas Maggi Cup dan tin air kosong masih merata-rata di atas meja dan lantai.

Lagi memburukkan keadaan, sehelai tuala dilihat masih di atas katil dan masih dalam keadaan basah. Si peluah turut mengesyaki bilik tunangnya tidak pernah dibuka tingkap dan menyebabkan bilik tersebut mempunyai bau kepam yang ‘teruk’.

Dia nampak kemas tapi tak sangka macam tu sekali bilik tidur dia. Sekarang bila dia dekat-dekat, saya jadi meremang. Camne ni nak kahwin dengan orang pengotor, stressnya!”

katanya lagi.
Kredit: Twitter @ConfessTweetMY
Kredit: Twitter @ConfessTweetMY

Netizen berharap si tunang akan berubah

Rata-rata netizen bersimpati dengan si peluah dan berharap tunangnya membuka hati untuk berubah demi masa depan mereka bersama. Namun, mereka juga secara realistik mengatakan bahawa perubahan drastik sebegitu akan menjadi sukar kerana sikap kotor tunangnya itu sudah menjadi kebiasaan.

Sementara itu, terdapat juga netizen bimbang tunang si peluah akan melayannya sebagai maid kerana terlalu biasa hidup dalam keadaan kotor.

Kredit: Twitter @ConfessTweetMY
Kredit: Twitter @ConfessTweetMY
Kredit: Twitter @ConfessTweetMY
Kredit: Twitter @ConfessTweetMY
Kredit: Twitter @ConfessTweetMY
Kredit: Twitter @ConfessTweetMY

Harap-harap si peluah ni berkomunikasi dengan tunangnya tentang masalah ini dan tunangnya menerima teguran dengan hati terbuka. Ingat tau, kebersihan mencerminkan diri kita!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buang Dakwat Mengundi Pada Jari Dalam Masa 10 Minit, Ini Cara Buatnya Buang Dakwat Mengundi Pada Jari Dalam Masa 10 Minit, Ini Cara Buatnya
Next Article Pelbagai Perisa Menarik, Nikmati Cendol Dan Rojak Di Mamamia Ice & Rojak Di Miri Pelbagai Perisa Menarik, Nikmati Cendol Dan Rojak Di Mamamia Ice & Rojak Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?