• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terputus Hubungan Jalan, Kawasan Kuching, Samarahan Dan Serian Alami Banjir Teruk

Oleh
Ismail NA
19 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Keadaan banjir yang tidak dijangka ini telah menyebabkan kesesakan jalan yang panjang terutamanya di Samarahan

Terputus Hubungan Jalan, Kawasan Kuching, Samarahan Dan Serian Alami Banjir Teruk. Awal pagi ini, keadaan banjir teruk telah dilaporkan di kebanyakan kawasan di sekitar Kuching, Samarahan, Lundu dan Serian. Hal ini disebabkan oleh cuaca hujan lebat yang tidak berhenti sejak semalam menyebabkan paras air sungai naik mendadak. Kenaikan paras air ini juga menyebabkan air melimpah keluar sehingga ke jalan raya.

Ini menyebabkan kenderaan terutamanya individu yang turun bekerja terkandas di atas jalan raya dalam kesesakan lalu lintas yang panjang. Paras air yang naik dengan cepat menyebabkan banyak kenderaan persendirian terutamanya di kawasan perumahan tersadai dan ditenggelami air.

Taman perumahan di Samarahan terjejas, jalan di Lundu turut runtuh

Kawasan yang dikenalpasti terlibat banjir ialah Taman Samarindah, Taman Muara Tuang, Taman Univista, Kampung Sinar Budi Baru, Mile 6 1/2 Jalan Penrissen, Kampung Hj Baki, Taman Matang Jaya, Taman Indah Landeh, Kampung Jawa Semenggok, Taman Muara Tuang, Jalan Ensegai, Kampung Sungai Empit, Kampung Sungai Lundu dan Kampung Seketi.

Selain itu, jalan Semunin Cina di Lundu juga runtuh akibat air deras yang mengalir di bawah jalan tersebut.

Terputus Hubungan Jalan, Kawasan Kuching, Samarahan Dan Serian Alami Banjir Teruk
Terputus Hubungan Jalan, Kawasan Kuching, Samarahan Dan Serian Alami Banjir Teruk
Terputus Hubungan Jalan, Kawasan Kuching, Samarahan Dan Serian Alami Banjir Teruk
Kesesakan jalan raya di hadapan Aiman Mall menuju ke bulatan Salcra.
Sumber : McMel Thomas
Terputus Hubungan Jalan, Kawasan Kuching, Samarahan Dan Serian Alami Banjir Teruk
Banjir di Taman Samarindah, Samarahan

Dalam masa yang sama, penduduk juga mendakwa sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik di sekitar kawasan Samarahan juga menjadikan insiden banjir di bahagian tersebut kebelakangan ini semakin buruk dan pasti terjadi sekiranya cuaca hujan lebat turun dengan lama dan tidak berhenti.

Terputus Hubungan Jalan, Kawasan Kuching, Samarahan Dan Serian Alami Banjir Teruk
Banjir di Taman Univista yang juga kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beberapa kawasan di Bandaraya Kuching ketika ini dikhabarkan tidak dapat dilalui kerana banjir kilat yang menenggelami jalan raya. Malah, jumlah mangsa banjir juga meningkat dengan mendadak. Mangsa banjir di Kampung Sinar Budi, Batu Kawa juga dipindahkan ke pusat pemindahan segera oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Akibat banjir tersebut juga, ranting pokok kayu juga didapati patah di Kmapung Haji Baki dan Jalan Ensengei Serian. Anggota berkuasa menasihatkan agar orang ramai berwaspada dengan amaran banjir.

Ini merupakan banjir teruk yang berlaku kali kedua dalam tahun ini selepas banjir teruk yang pertama dilaporkan sebaik sahaja memasuki tahun baru yang lalu.

Maklumat lanjut menyusul selepas ini.

Minggu lalu, kawasan terdekat negara jiran iaitu Kalimantan Barat turut dilanda banjir teruk :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Pada Hari Ini, 200 Kes Positif Baharu
Next Article Gagal Langsaikan Hutang, Seorang Lelaki Dikurung Dan Dipukul Di Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?