Sabah dah mansuhkan deklarasi e-Health, inilah masanya kita pergi bercuti ke Sabah!
Terumbu Karang Berbentuk Cincin Satu-Satunya Di Malaysia, Jom Bercuti Ke Blue Ring Reef Di Sabah. Inilah masa yang sesuai untuk anda sekeluarga pergi melancong ke Sabah!
Terumbu karang berbentuk cincin yang juga dikenali sebagai ‘Blue Ring Reef‘ atau ‘Blue Hole‘ ini terletak di Lahad Datu, Sabah. Warna laut kebiruan dan terumbu karang yang cantik sekaligus menjadi tumpuan penyelam dasar laut.
Blue Ring Reef atau juga dikenali sebagai Blue Hole
Blue Ring Reef ini terletak di Tingkayu Reef dengan hanya menaiki bot 30 minit dari Teluk Darvel. Blue Ring Reef atau juga dikenali sebagai Blue Hole ini mempunyai kedalaman kira-kira 15 meter atau 45 kaki. Yang menariknya, terumbu karang ini adalah satu-satunya yang anda boleh temui di Malaysia!
Tingkayu Reef di Teluk Darvel ini merupakan tapak selam skuba yang unik telah menjadi tumpuan kepada para pelancong tak kira dalam negara atau luar negara.




Kisah penemuan hidden gem ini
Hidden gem “Blue Ring Reef” ini telah diterokai oleh pengusaha pelancongan yang bernama Mr.Glen Hapirulla dan pasukannya kira-kira dua tahun yang lalu. Mereka membuat penemuan tersebut ketika meneroka tapak selam baharu di perairan Silam.
Dipetik dari The Borneo Post, sebenarnya terumbu karang berbentuk unik ini telah ditemui di perairan Silam oleh penyelam kelahiran Lahad Datu pada tahun 2017. Tapak selaman yang indah ini telah dipetakan dan diberi nama sebagai Blue Ring Reef oleh Glenn dan Pirate Divers.