• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tetap Pergi Mengundi Walau Redah Banjir Di Keningau Raih Pujian Netizen

Oleh
ILB - AI
20 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Redah banjir di Keningau, Sabah demi sebuah tanggungjawab sebagai seorang rakyat

Tetap Pergi Mengundi Walau Redah Banjir Di Keningau Raih Pujian Netizen. Sudah dalam ramalan pada awal sebelum mulanya pilihan raya tahun ini dimana pilihan raya akan dijalankan dalam musim yang acap kali berlakunya banjir di sesetengah kawasan di Malaysia.

Salah satu tempat yang turut dikesan berlakunya banjir adalah di Keningau, Sabah. Hal ini telah dimuatnaik oleh sebuah akaun TikTok dimana dapat disaksikan keadaan mereka meredah banjir hanya demi sebuah tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebagai seorang rakyat.

Tetap Pergi Mengundi Walau Redah Banjir Di Keningau Raih Pujian Netizen
Tetap Pergi Mengundi Walau Redah Banjir Di Keningau Raih Pujian Netizen. Sumber gambar: TikTok @ayeeee010

Paras air tinggi bukan halangan untuk mengundi calon di Parlimen P.182 Pensiangan. Tindakan raih pujian netizen

Menurut perkongsian tersebut juga, mereka meredah banjir yang boleh dikatakan agak tinggi paras airnya di Jalan Malima, Johan Jaya, Sook, Keningau, Sabah demi melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi calon pilihan mereka untuk Parlimen P. 182 Pensiangan.

Tindakan yang berani dan sebenarnya agak berbahaya ini juga tetap meraih pujian netizen kerana dengan apa jua halangan mereka tetap jalankan tanggungjawab sebagai rakyat demi masa depan negara.

Bahkan, netizen berharap calon atau wakil rakyat yang telah dipilih dan sekiranya diberi mandat untuk mentadbir kawasan tersebut supaya melaksanakan tugas sehabis baik yang mungkin. Kenang jasa rakyat yang sanggup bersusah-payah meredah banjir demi PRU ke 15 ini.

Tetap Pergi Mengundi Walau Redah Banjir Di Keningau Raih Pujian Netizen

Pilihan raya umum kali ini sememangnya banyak juga kisah rakyat yang kita dapat saksikan dengan adanya media sosial yang semakin rancak digunakan oleh netizen untuk menunjukkan realiti yang dihadapi oleh mereka sepanjang PRU ini. Tapi, ada juga isu yang tidak sepatutnya turut dimuatnaik.

Antaranya adalah seperti di dalam artikel dibawah:

Sengaja Bawa Phone Dan Rakam Proses Undi Di TikTok, Tindakan Individu Ini Buat Netizen Berang
Terpaksa Redah Banjir Demi Tunaikan Tanggungjawab, Keadaan Di Miri Ini Menyayat Hati Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Kacukan Sabah Miliki PhD, Kenali Isteri Pelakon ‘The Flash’ Andrea Thoma
Next Article Tak Perlu Pergi Jauh, Nikmati Percutian Indah Dan Eksklusif Di Cove 55 Santubong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?