• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Thailand Bakal Menganjurkan Lawatan Ganja Yang Pertama Di Asia Tenggara

Oleh
Husna Hazmi
14 Disember 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Lawatan Ganja akan dianjurkan buat pertama kalinya di Asia Tenggara oleh Thailand.

Thailand Bakal Menganjurkan Lawatan Ganja Yang Pertama Di Asia Tenggara. Lawatan Ganja tersebut merupakan sebuah lawatan perubatan yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Sukan dan Kesihatan Awam Thailand.

Isi Isi Penting
  • Lawatan Ganja akan dianjurkan buat pertama kalinya di Asia Tenggara oleh Thailand.
  • Bertujuan untuk mendidik penduduk tempatan
  • Sumber pendapatan baharu
  • Ganja untuk kegunaan perubatan

Lawatan tersebut telah diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand iaitu Phiphat Ratchakitprakarn.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebaikan perubatan ganja dan juga untuk memberitahu mereka yang berminta menanam tanaman yang mempunyai undang-undangnya tersendiri ini.

Thailand Bakal Menganjurkan Lawatan Ganja Yang Pertama Di Asia Tenggara
Thailand Bakal Menganjurkan Lawatan Ganja Yang Pertama Di Asia Tenggara

Bertujuan untuk mendidik penduduk tempatan

“Program ini adalah bertujuan untuk mendidik penduduk tempatan yang ingin membentuk perusahaan komuniti dan juga yang ingin berusaha untuk menjadi penanam ganja yang sah. Program ini akan membuka jalan bagi asas bagi ganja dan juga faedah ekonominya” menurut Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand iaitu Phiphat.

The Bangkok Post melaporkan bahawa 8 wilayah yang memiliki kebun ganja akan menjadi sebahagian daripada lawatan iaitu, Mae Hong Son, Lampang, Samut Songkhram, Sakon Nakhon Ratchasima, Buri Ram, Phatthalung, dan juga Chon Buri.

Sesiapa sahaja boleh membeli pakej pelancongan yang terdiri daripada lawatan ladang ganja, forum mengenai peraturan semasa, demonstrasi bagaimana menanam tanaman dan juga menjana pendapatan daripadanya.

Thailand Bakal Menganjurkan Lawatan Ganja Yang Pertama Di Asia Tenggara

Sumber pendapatan baharu

Kerajaan Thailand juga ingin mengaktifkan pasaran domestik dan juga asing bagi mempromosikan laluan pelancongan ini.

Kerjasama ini juga dipercayai bakal membantu penduduk tempatan untuk menghasilkan sumber pendapatan baharu dengan pengetahuan yang lebih baik tentang ganja dan juga pelancongan herba, kata Phiphat.

Pada 4 Ogos 2020, Kabinet Thailand telah meluluskan pindaan Akta Narkotik untuk membolehkan pengamal perubatan swasta, beberapa perubatan tradisional, dan petani menanam ganja untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Thailand Bakal Menganjurkan Lawatan Ganja Yang Pertama Di Asia Tenggara

Ganja untuk kegunaan perubatan

Pada tahun 2018, Thailand telah menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ganja untuk kegunaan perubatan.

Namun, penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi masih lagi tidak dibenarkan di Thailand kerana pemerintahan hanya membenarkannya kerana alasan perubatan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bangunan Balai Polis Belaga Musnah Akibat Kebakaran Bangunan Balai Polis Belaga Musnah Akibat Kebakaran
Next Article Mulai 14 Disember 2020, Individu Yang Memasuki Sarawak Hanya Dikuarantin Selama 10 Hari Di Pusat Kuarantin

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?