• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Cermin Sisi, Motosikal Di Taman Sri Wangi Ini Hampir Dilanggar Ketika Tukar Lorong

Oleh
Husna Hazmi
26 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Selamba je belok tak ingat dunia.

Tiada Cermin Sisi, Motosikal Di Taman Sri Wangi Ini Hampir Dilanggar Ketika Tukar Lorong. Membuang cermin sisi motosikal adalah salah satu modifikasi yang haram di sisi undang-undang.

Cermin sisi atau side mirror memainkan peranan penting buat penunggang motosikal kerana ia berfungsi sebagai alat untuk melihat kenderaan di belakang ketika ingin menukar lorong. Tiada lagi motosikal yang mempunyai fungsi camera belakang setakat ini jadi tidak logik untuk membuang cermin sisi yang sedia ada pada motosikal.

Tiada Cermin Sisi, Motosikal Di Taman Sri Wangi Ini Hampir Dilanggar Ketika Tukar Lorong. Sumber foto: Tangkap layar dari FB Sarawak Roads Update

Hampir kena langgar

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan Taman Sri Wangi Kuching baru-baru ini, seorang penunggang motosikal ini hampir dilanggar oleh kenderaan di lorong sebelah kiri kerana motosikal tersebut tidak mempunyai cermin sisi.

Dikongsikan di Facebook Sarawak Roads Update, video berdurasi 22 saat itu sempat merakam kejadian penunggang motosikal yang menukar lorong tanpa menggunakan cermin sisi itu.

Penunggang motosikal berkenaan dilihat selamba sahaja menukar lorong ke sebelah kiri tanpa melihat keberadaan kenderaan lain sehingga dia hampir dilanggar oleh sebuah kereta.

Sumber foto: Tangkap layar dari FB Sarawak Roads Update

Boleh membahayakan nyawa orang lain

Perkara ini bukan sahaja boleh membahayakan nyawa si pembawa motosikal tersebut namun ia juga boleh membahayakan nyawa pemandu kenderaan yang lain.

Diharap agar perkara ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati lagi di jalan raya serta jangan sesuka hati mengubah suai kenderaan menyalahi undang-undang.

Lagi cerita terkini buat anda di sini:

Buat U-Turn Secara Haram Di Lampu Isyarat Jalan Ahmad Zaidi Adruce, Kereta Ini Hampir Dilanggar Lori
14 Jam Berenang Redah Ombak Setelah Jatuh Bot, Nelayan Dari Sabah Ini Berjaya Selamatkan Diri
SUMBER :FB Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelanggan Kecewa Restoran Francais Terkenal Hidang Burger Berkulat Dan Ayam Goreng Mentah Pelanggan Kecewa Restoran Francais Terkenal Hidang Burger Berkulat Dan Ayam Goreng Mentah
Next Article Netizen Jijik Lihat Gambar Tular Tuala Wanita Terpakai Dibuang Sesuka Hati Di Kondominium Mewah Netizen Jijik Lihat Gambar Tular Tuala Wanita Terpakai Dibuang Sesuka Hati Di Kondominium Mewah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?