fbpx
Pelbagai

Angkasawan Pertama Malaysia Dedah Diri Kini Bekerja Sebagai Delivery Man Semasa PKP

Walaupun berstatus tinggi, beliau seorang yang humble!

Angkasawan Pertama Malaysia Dedah Diri Kini Bekerja Sebagai Delivery Man Semasa PKP. Terkini, Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, yang mengharumkan nama negara pada tahun 2007 sebagai angkasawan yang pertama dari Malaysia, mendedahkan diri beliau kini bekerja sebagai tukang penghantar makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Fun fact, ini bukan kali pertama beliau memeluk pekerjaan ini!

Image from The Malaysia Book of Records
Angkasawan Pertama Malaysia Dedah Diri Kini Bekerja Sebagai Delivery Man Semasa PKP

Boss sendiri turun padang

Menurut sebuah gambar yang dimuat oleh beliau dalam Instagram beliau, beliau mendedahkan tak ramai orang tahu beliau adalah salah seorang pemilik Restoran Rebung dengan Chef Ismail sejak 2003. Restoran ini menghidangkan makanan seperti makanan Melayu tulen dan berkembang maju sehingga ke hari ini.

Beliau berkata beliau masih ingat beliau akan sentiasa mengunjung ke Pasar Borong Selayang pada pukul 4 pagi masa itu untuk membeli makanan laut segar setiap hari selama 6 bulan ketika ia masih start up. Pada masa itu beliau akan menghantar makanan seperti lemang, rendang dan dodol awal pagi pada hari Raya selama 2 tahun. Memang seorang boss yang rajin turun padang!

17 Tahun restoran beliau berdiri tegak

Dengan sebanyak 80 kakitangan restoran, rezeki restoran makin bertambah setelah memperoleh banyak anugerah seperti Best Malay Food selama 5 tahun berturut. Mereka juga pindah lokasi dari Bangsar Park ke Botanical Park pada tahun 2018, iaitu terletak di dalam sebuah bangunan 5 tingkat yang dapat menampung sebanyak 500 pelanggan!

Seorang yang passionate dengan makanan, beliau lebih fokus kepada makanan Melayu tulen terutamanya Negeri Sembilan. Restoran beliau mula beroperasi sejak minggu lepas semasa PKP dan beliau sendiri yang turun padang untuk menghantar makanan kepada pelanggan beliau.

Image from Instagram @drsheikhmuszaphar
Beliau sendiri menghantar makanan dari restoran beliau kepada pelanggan restoran. Kredit: Instagram Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Pendedahan beliau yang bekerja sebagai tukang delivery restoran mendapat pujian daripada netizen. Semoga bisnes beliau bertambah maju dan dijadikan teladan kepada semua. Nang seorang yang sik memilih kerja nya tok. Syabas dengan inisiatif restoran tok!

Back to top button
Close