fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Pelbagai

PISA’ TIBOW Permainan Masyarakat Melanau

iloveborneo Oleh iloveborneo
4 Oktober 2018
PISA’ TIBOW Permainan Masyarakat Melanau
Share on FacebookShare on Twitter

PISA’ TIBOW Permainan Masyarakat Melanau

PISA’ TIBOW Permainan Masyarakat Melanau

PISA’ TIBOW Ialah sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular. Permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah.

Ia juga merupakan pemainan yang digemari ramai di mana waktu inilah anak-anak muda akan berkaul( berkumpul ), iaitu pesta untuk mencari  jodoh.

ArtikelBerkaitan

Salah Satu Misteri Sabah, Ini Adalah Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak

5 Filem Psikopat Yang Menggerunkan Di Netflix Yang Anda Patut Tonton

Ia diadakan pada musim buah, iaitu lazimnya pada awal tahun. Permainan ini dimainkan bermula pada waktu petang hingga kadang-kadang sehingga larut malam.

PISA’ TIBOW Permainan Masyarakat Melanau

Pada zaman dahulu,penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang.

Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung.Biasanya,tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yangkeras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah.
Tibow ini didirikan dengan dua tiang kayu yang panjang masing-masingnya melebihi  30 kaki sebagai tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak.
Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.
PISA’ TIBOW Permainan Masyarakat Melanau
kredit gambar The Patriots
Sepanjang pembinaan tiang Tibow, suatu pantun akan dinyayikan bersama-sama, ” KAT KERAT, KERUREING UDAT, TIBOW IDEI PADA ‘ MEKAT’ . Pantun ini bertujuan untuk meminta pertolongan daripada Ipo’Tibow, iaitu dewa yang mempunyai kuasa dalam permainan Tibowsupaya memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang itu dan semoga permainan ini dapatdilaksanakan dengan sempurna dan diberkati dewa.
Terdapat dua pasukan yang akan bertanding. Setiap pasukan boleh terdiri dari sekurang-kurangnya 10 orang peserta. Seterusnya, mereka dikehendaki memanjat tiang kayu yang disediakan ( setiap kumpulan satu tiang).
Pada permulaan permainan, hanya beberapa orang pemain yang dibenarkan memanjat tiang tersebut supaya mereka dapat menaikkan diri dengan lebih tinggi dan seterusnya memberikan ruang dan jarak bagi ahli kumpulan yang lain melakukan pendakian.
PISA’ TIBOW Permainan Masyarakat Melanau
kedit gambar-The Land of Hornbill’s Celebrations – WordPress.com
Jika sekiranya terdapat lebihan peserta mahupun ahli kumpulan yang sedang menunggu giliran untuk bermain, mereka boleh duduk di atas para yang disediakan. Dari situ,mereka boleh melihat dengan jelas pergerakan ahli kumpulan mereka, di samping untuk memberikan sokongan
artikel asal di – https://www.scribd.com/doc/282678298/PERMAINAN-KAUM-BIDAYUH-DAN-MELANAU-docx
Share73Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy