fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Salah Satu Misteri Sabah, Ini Adalah Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
30 September 2020
Salah Satu Misteri Sabah, Ini Adalah Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kisah lagenda misteri penduduk Sabah dari satu generasi ke satu generasi yang ramai lagi tidak tahu mengenai tujuh puteri yang sedang bermandi-manda di Telaga Tujuh, Kunak.

Salah Satu Misteri Sabah, Ini Adalah Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak. Kisah ini menceritakan mengenai misteri-misteri yang telah berlaku di telaga tujuh yang dikatakan sehingga hari ini masih didiami oleh tujuh puteri dari kayangan tersebut.

Salah Satu Misteri Sabah, Ini Adalah Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak
Salah Satu Misteri Sabah, Ini Adalah Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak

Kisah Telaga Tujuh

Ada yang mengatakan cerita mengenai tujuh puteri ini sama seperti cerita lagenda tujuh puteri di langkawi. Tetapi menurut cerita penduduk di Kunak Sabah, mereka menceritakan bahawa telaga tujuh tersebut merupakan tempat dimana tujuh orang puteri dari kayangan bermandi-manda.Telaga tersebut dipercayai telah digali oleh seekor raksaksa yang bernama Bota, atas arahan Maharaja Awan Gemawan.

ADVERTISEMENT

Setiap kali bulan purnama penuh, ketujuh-tujuh puteri tersebut akan turun untuk mandi di sungai permanis dara untuk mengekalkan kejelitaan mereka. Ketujuh puteri kayangan tersebut adalah puteri kesayangan Maharaja Awan Gemawan.

Gambar sebagai Hiasan
Gambar sebagai hiasan

Pada malam bulan purnama penuh

Pada satu malam bulan purnama penuh, ketujuh-tujuh puteri telah turun untuk mandi-manda dan tanpa mereka sedari, terdapat sepasang mata pemuda yang sedang mengintai mereka.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : Sarawak Negeri Tunggal Yang Belum Dikenakan PKP

18 Pelajar Kembali Ke Hostel Di Sabah Didapati Positif COVID-19

Pemuda tersebut dengan perlahan-lahannya ingin mengambil pakaian ketujuh-tujuh puteri tersebut agar mereka tidak boleh pulang ke kayangan dengan harapan agar pemuda tersebut boleh mengahwini ketujuh puteri. Malangnya, ketika pemuda tersebut memegang pakaian puteri tersebut, pakaian tersebut tiba-tiba terbakar dan pemuda tersebut turut terkorban kerana meletup sendiri.

ADVERTISEMENT
Gambar sebagai Hiasan
Gambar sebagai Hiasan

Ketujuh puteri menjadi halimunan

Maharaja Awan Gemawan yang mendapat tahu berita tersebut berasa terkejut dan terus mengarahkan gergasi kepercayaannya Bota, untuk melihat keadaan puteri tersebut. Setelah sampainya Bota ke bumi, dia mendapati ketujuh-tujuh puteri tersebut kesemuanya tidak berpakaian. Bota meninggalkan ketujuh-tujuh puteri tersebut besama Bayu Samudera yang telah menjadikan ketujuh puteri sebagai halimunan lalu Bota kembali ke Kayangan untuk memberitahu Maharaja Awan Gemawan.

Ketujuh-tujuh puteri tersebut tidak boleh kembali ke kayangan tanpa pakaian mereka. Akhirnya setelah hari bertukar menjadi tahun, Maharaja dan Permaisuri Kayangan telahpun mangkat dan kesemua puteri tersebut menjadi semakin jelita. Tetapi ketujuh-tujuh puteri tersebut terpaksa tinggal di bumi ditemani buragas.

ADVERTISEMENT

Menurut cerita lisan orang tua-tua, kononnya hanya beberapa orang lelaki yang tertentu sahaja yang boleh melihat ketujuh-tujuh puteri tersebut bermandi-manda tanpa memakai pakaian. Namun, lelaki bertuah tersebut tidak boleh menceritakan tentang perkara tersebut kerana nasib yang malang akan ditimpa olehnya.

Beberapa insiden tragis telah berlaku dimana seorang lelaki telah menceritakan penampakkan nya dengan adik lelakinya. Malangnya lelaki tersebut telah mati terbakar tubuh badannya seperti terkena api.

telaga tujuh
telaga tujuh

Tersembunyinya gua yang besar di dalam telaga yang paling besar

Penduduk di situ juga tidak berani untuk mengambil air telaga tersebut kerana mereka takut sesuatu yang malang akan menimpa mereka. Orang tua juga berpendapat bahawa di dalam telaga yang paling besar terdapat gua yang besar dan tidak pernah kering digunakan oleh ketujuh-tujuh puteri untuk bersembunyi dan mungkin bersama enam pemuda yang dikatakan hilang ketika bermalam di sana.

Baca lagi disini:

Share111Tweet69SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy