• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tiada Jurulatih Bukan Halangan, Jonathan Nyepa Raih Emas Di Central Asia Championships

Oleh
ILB - AI
2 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tiada Jurulatih Bukan Halangan, Jonathan Nyepa Raih Emas Di Central Asia Championships

Syabas diucapkan kepada Jonathan Nyepa atas kejayaan ini!

Tiada Jurulatih Bukan Halangan, Jonathan Nyepa Raih Emas Di Central Asia Championships. Baru-baru ini, pelari Sarawak Jonathan Nyepa berjaya meraih emas di Central Asia Championship di Samarkand City, Uzbekistan untuk acara 100m.

Walaupun pernah melakar pencapaian serupa, ini kali pertama Jonathan berlatih tanpa jurulatih sejak kontrak jurulatihnya M. Balamurugan tidak disambung oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Tiada Jurulatih Bukan Halangan, Jonathan Nyepa Raih Emas Di Central Asia Championships
Tiada Jurulatih Bukan Halangan, Jonathan Nyepa Raih Emas Di Central Asia Championships

Berlatih tanpa jurulatih sejak bulan Julai

Sejak kontrak Balamurugan tidak disambung oleh MSN, Jonathan, 26, telah berlatih sendiri dan mengikut program yang diberikan oleh bekas jurulatihnya.

Meskipun tidak mempunyai jurulatih untuk melatihnya, Jonathan berjaya memenangi emas untuk acara 100m di Central Asia Championship baru-baru ini.

Tiada Jurulatih Bukan Halangan, Jonathan Nyepa Raih Emas Di Central Asia Championships
Jonathan Nyepa beraksi. Kredit foto: Berita Harian

Beliau, yang berlatih di Georgia, Amerika Syarikat selama enam bulan pada tahun 2019, berkata beliau “bersyukur kepada Tuhan, dan ibu bapa” beiiau yang mendoakan beliau memenangi emas dalam acara ini.

Saya menang emas tanpa jurulatih. Tetapi saya mengikuti program yang diberikan jurulatih sejak Julai. Saya masih berterima kasih kepada Balamurugan atas segala bantuan yang dia berikan kepada saya sejak saya memulakan latihan di bawahnya pada tahun 2015. Ia tidak mudah memenangi emas tanpa bimbingan jurulatih,”

kataya mengenai kemenangannya di Centra Asia Championship di Samarkand City, Uzbekistan.

Bekas jurulatih berharap Jonathan dapat memenangi lebih banyak pingat untuk Malaysia

Mengenai kemenangan Jonathan di Central Asia Championship, bekas jurulatih Jonathan berkata bahawa beliau berbangga dengan kejayaan Jonathan.

Katanya, meskipun beliau sudah tidak melatih Jonathan, Jonathan telah mengikuti program yang diberikan kepadanya.

Saya mahu melihat Jonathan memenangi lebih banyak pingat untuk Malaysia, saya mendoakan yang terbaik dalam latihan dan pertandingannya,”

ulasnya.

Berada di kedudukan antara lima pelari pecut terbaik Malaysia, antara pencapaian antarabangsa Jonathan adalah memenangi emas untuk acara 100m Sukan Sea KL 2017, dengan catatan 10.55 saat.

Beliau juga mencatat rekod terbaik peribadi 10.28 untuk acara 100m dalam South Korean Open 2017, memenangi pingat perak.

Lagi di sini:

Tarikan Terbaharu Di Asajaya, Mini Uptown Asajaya Kini Dibuka
Lemas Akibat Gas Pemedih Mata, Lebih 127 Maut Dalam Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia
SUMBER :NEW STRAITS TIMES
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hantar Makanan Ke Rumah Atas Pokok, Rider Terima Pesanan Di Sibu Ini Buat Netizen Geli Hati Hantar Makanan Ke Rumah Atas Pokok, Rider Terima Pesanan Di Sibu Ini Buat Netizen Geli Hati
Next Article Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau Lihat Gajah Pygmy Santai Di Tepi Jalan, Wanita Ini Teruja Dalam Perjalanan Ke Tawau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?