• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Lagi Hotel Mewah, Rakyat Sarawak Yang Pulang Perlu Kuarantin Di Rumah

Oleh
Ismail NA
19 April 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Peraturan Baru Ini Berkuatkuasa Bermula 20 April

Tiada Lagi Hotel Mewah, Rakyat Sarawak Yang Pulang Perlu Kuarantin Di Rumah. Rakyat Sarawak yang pulang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan dikehendaki untuk menjalani perintah kuarantin selama 14 hari sendiri di rumah bermula 20 April 2020 dengan pemantauan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Peraturan baru ini berkuatkuasa bermula 20 April 2020.

Perkara ini telah diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media petang semalam.

Walau bagaimanapun, perintah kuarantin ini hanya terpakai untuk individu yang mempunyai rumah atau tinggal di kawasan pertama ‘check point‘ pendaratan seperti Kuching, Sibu, Miri atau Bintulu.

Sekiranya tempat pendaratan pertama mereka bukanlah tempat tinggal asal, maka mereka akan tetap dikuarantinkan di salah sebuah pusat kuarantin sedia ada. Sebagai contoh, jika seseorang individu pulang ke Sarawak dan mendarat di Kuching tetapi tempat tinggal asal di Sri Aman, mereka akan tetap dikuarantinkan di Kuching bagi mengelakkan kontak dengan masyarakat setempat.

Tiada Lagi Hotel Mewah, Rakyat Sarawak Yang Pulang Perlu Kuarantin Di Rumah
Tiada Lagi Hotel Mewah, Rakyat Sarawak Yang Pulang Perlu Kuarantin Di Rumah

Rakyat Dari Luar Negara Perlu Kuarantin Di Kuala Lumpur Terlebih Dahulu

Bagi rakyat Sarawak yang pulang ke Sarawak dari luar negara pula, mereka akan dikuarantinkan di Kuala Lumpur terlebih dahulu selama 14 hari sebelum dibenarkan menaiki pesawat pulang ke Sarawak. Namun demikian, mereka akan tetap menjalani perintah kuarantin semula 14 hari dan diberi ‘Stay Home Notice‘ setibanya di Sarawak.

Perjalanan Rentas Daerah Perlu Permit Dari Polis

Perjalanan rentas daerah di Sarawak pula perlu mendapatkan permit di balai polis yang terdekat. Ini terpakai untuk semua jenis perjalanan sama ada melalui jalan darat, laut mahu pun udara. Oleh yang demikian, anda juga disarankan untuk mendapatkan permit terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian tiket pengangkutan.

Tiada Lagi Hotel Mewah, Rakyat Sarawak Yang Pulang Perlu Kuarantin Di Rumah
Kredit : FMT

Dalam perkembangan yang sama, Uggah turut memberitahu bahawa tiada pertambahan zon merah di Sarawak setakat ini. Dua zon pula kembali dari zon kuning ke zon hijau iaitu Matu dan Lawas menjadikan jumlah keseluruhan zon hijau adalah sebanyak 29 daripada 40 daerah di Sarawak.

Tegasnya, inilah tujuan polisi rentas daerah yang ketat agar situasi di zon hijau terus kekal berada di bawah kawalan.

Tak pasti bagaimana untuk pulang ke Sarawak semasa PKP? Rujuk panduan ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020
Next Article Tiba-Tiba Tular, 'Group' Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen Tiba-Tiba Tular, ‘Group’ Masakan Tak Jadi Penghibur Terbaru Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?