I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021

Nur Afifah 20 Januari 2021
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Jadi, mana satu yang betul?

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021. Beberapa hari kebelakangan ini, hangat isu kemas kini BPR 2.0 dalam kalangan orang ramai yang termasuk dalam kategori yang layak menerima bantuan tersebut. Isu ini menjadi perhatian ramai apabila terdapat kekeliruan dalam cara pengemaskinian maklumat dalam sistem pangkalan data BPR 2.0.

Ada yang kata boleh isi borang sahaja, ada yang kata mesti isi secara atas talian atau online. Jadi, mana satu yang betul? Paling penting, mana satu yang akan masuk dalam sistem data penerima bantuan?

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021

Menerusi laman Facebook, seorang pengguna, Aisah Abdullah telah memuat naik satu hantaran bagi meleraikan kekeliruan orang ramai berkenaan isu tersebut. Jelasnya, kemas kini BPR 2021 sebenarnya boleh dibuat menggunakan kedua-dua kaedah iaitu isi borang secara manual ataupun secara atas talian. Bahkan, anda juga boleh memilih sama ada mahu mengemas kini ataupun tidak.

Sikda masalah duhal!

Jelasnya lagi, urusan kemas kini tidak perlu dilakukan sekiranya anda benar-benar yakin bahawa tidak perlu ada maklumat penting yang perlu anda tukar dalam sistem permohonan BPR anda. Namun demikian, sebarang risiko kesilapan dan penukaran akibat tidak mengemas kini maklumat adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

Tak Kisah Buat Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021
Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021
Sumber : FB Aisah Abdullah

Mengapa anda disarankan untuk mengemas kini status BPR?

Menurut Aisah, masalah yang sering kali terjadi setiap tahun adalah seperti berikut;

  • Pemohon atau penerima datang ke kaunter untuk membuat penukaran maklumat seperti nombor telefon, nombor akaun bank dan status diri setelah tamat tempoh permohonan ataupun kemas kini.
  • Terlupa atau gagal menjawab soalan berkaitan perihal diri seperti nombor telefon semasa di kaunter.

Jelasnya lagi, pihak LHDN tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya anda tidak melakukan kemas kini dalam tempoh yang ditetapkan. Malah, masalah ini juga menjadi penyumbang utama mengapa kebanyakan myBPR pemohon disekat.

Oleh sebab itulah kemas kini permohonan ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya perkara seperti ini. Sekiranya anda sudah berjaya masuk ke laman permohonan, jangan lupa juga untuk menyemak semula maklumat dan tambah maklumat sekiranya ada. Kemudian, tekan butang ‘Hantar’. Senang sahaja!

Jadi, bagaimana pula dengan isu isi borang manual atau isi secara online? Ada bezakah?

Tambah Aisah, kemas kini BPR ini sebenarnya boleh dilakukan sama ada secara manual mahu pun secara online.

Sekiranya anda telah mengemas kini secara online dan tidak diminta untuk melampirkan sebarang dokumen semasa menekan butang ‘Submit’, maka permohonan anda tersebut sudah dikira selesai.

Namun demikian, sekiranya anda diminta untuk melampirkan dokumen semasa menekan butang ‘Submit’, anda perlu menghantar dokumen berkenaan ke pejabat LHDN dalam masa 7 hari selepas anda menghantar permohonan secara online. Setibanya di pejabat LHDN pula, anda hanya dikehendaki untuk mengisi borang serahan dokumen oleh pegawai dan hantar dokumen. Itu sahaja!

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021
Borang serahan dokumen sokongan BPR

Walau bagaimanapun, jika urusan kemas kini gagal dibuat secara online, anda boleh terus berurusan dan mengemas kini secara manual di pejabat LHDNM.

Kalau saya pergi ke pejabat LHDN, bagaimana pula prosedurnya?

Sekiranya anda berkelapangan untuk pergi ke pejabat LHDN, anda boleh berbuat demikian di LHDNM Cawangan Kuching atau PKH Simanggang. Anda perlu berbaris untuk mengambil borang kemas kini secara percuma.

Bagi memudahkan kerja, bawalah dokumen anda sekali, isi terus borang dengan lengkap dan hantar kepada pegawai yang bertugas. Selesai!

Saya dah isi online, tapi pegawai suruh isi borang juga. Macam mana pula?

Menurut wanita ini, anda berkemungkinan diminta untuk mengisi borang secara manual walaupun telah mengisi borang secara online disebabkan data anda tidak masuk ke dalam sistem LHDN.

Jika berlaku masalah seperti ini semasa anda hadir ke LHDN, pegawai akan memeriksa status anda di kaunter semakan dan meminta anda untuk mengisi maklumat sekali lagi secara manual.

Namun demikian, jika maklumat anda telah masuk ke sistem LHDN, anda tidak akan diminta untuk mengisi borang secara manual tetapi sebaliknya disoal sama ada pernah diminta untuk mengemukakan dokumen atau tidak semasa menekan butang ‘Submit’. Jika tidak, maka kemas kini anda dianggap selesai.

Jika ada, maka anda perlu mengemukakan dokumen dalam masa 7 hari. Kalau tidak, anda berkemungkinan perlu membuat rayuan kelak.

Bagaimana pula dengan isu orang menjual borang kemas kini BPR?

Wanita ini juga turut menjelaskan bahawa penjualan borang kemas kini BPR adalah hak individu memandangkan borang tersebut boleh didapati secara percuma. Barang kali ada yang mahu membantu mereka yang tidak dapat hadir ke kaunter untuk mengambil borang. Tiada sebarang tindakan dapat diambil sekiranya terdapat aduan kerana perkara tersebut adalah atas kesedaran dan tanggungjawab masing-masing.

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021
Borang Permohonan BPR 2021

Keputusan pembayaran dan urusan selanjutnya pula adalah bergantung kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa. Jadi, tak perlu tergesa-gesa jika status semakan anda belum keluar.

Diharap penjelasan daripada Aisah ini dapat meleraikan kekeliruan yang melanda anda tentang kemas kini BPR untuk tahun 2021.

Apa-apa pun, jangan panik, jaga diri dan kalau boleh buat online tu, kemas kini secara online lah ya? Lebih mudah dan selamat. Lagi-lagi musim pandemik ini. Kekal selamat dan jaga diri semuanya!

Baca juga :

Nur Afifah 20 Januari 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tanah Runtuh Sepanjang 150 meter Berlaku Di Tempat Letak Kereta Taman Kinabalu, Ranau
Next Article TERKINI: Sarawak Catat 203 Kes Positif COVID-19 Baharu Hari Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Ajuk Trademark Penjual Di Indian Street, Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Video TikTok Lelaki Ini

11 Ogos 2022
'Terbang Duit', Kereta Bersusun Kena 'Clamp' Di Poli Kuching Ini Raih Perhatian Netizen
Cerita Borneo

‘Terbang Duit’ – Kereta Bersusun Kena ‘Clamp’ Di Poli Kuching Raih Perhatian Netizen

11 Ogos 2022
Cerita Borneo

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar

11 Ogos 2022
Cerita Borneo

Pernah Dikenakan Sekatan, Kelab Bola Dari Borneo Ini Sudah 4 Bulan Tak Bayar Gaji Pemain

11 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?