• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Stadium Baharu Di Sarawak Untuk Sukan SEA 2027, Naik Taraf Jadi Pilihan

Oleh
Farisha
4 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Kerajaan Fokus Naik Taraf Fasiliti Sukan untuk Sukan SEA 2027

Tiada Stadium Baharu Di Sarawak Untuk Sukan SEA 2027, Naik Taraf Jadi Pilihan. Kerajaan telah memutuskan untuk tidak membina stadium atau fasiliti sukan baharu menjelang Sukan SEA 2027 yang bakal berlangsung di Sarawak. Sebaliknya, usaha akan tertumpu kepada kerja-kerja naik taraf kemudahan sedia ada bagi memastikan semua keperluan penganjuran dipenuhi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, menjelaskan bahawa langkah ini akan dilaksanakan selepas sesi perbincangan dan koordinasi yang lebih lanjut.

Tiada Stadium Baharu Di Sarawak Untuk Sukan SEA 2027, Naik Taraf Jadi Pilihan
Tiada Stadium Baharu Di Sarawak Untuk Sukan SEA 2027, Naik Taraf Jadi Pilihan. Gambar ilustrasi

“Pihak kerajaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada untuk kegunaan Sukan SEA 2027, termasuk di Sarawak, setelah diadakan koordinasi dan perbincangan lanjut,” ujar beliau, menurut laporan media tempatan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk merangka perancangan secara lebih terperinci, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027.

Penganjuran Sukan SEA 2027 melibatkan gandingan tiga negeri termasuk Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersama-sama Kuala Lumpur bagi menjadi tuan rumah sukan itu.

Peluang Emas untuk Atlet Baharu

Bagi pemilihan atlet, Majlis Sukan Negara (MSN) akan bekerjasama dengan persatuan sukan untuk memastikan atlet yang layak dapat mewakili negara. Menurut Adam Adli, sebanyak 38 hingga 44 jenis sukan dijangka dipertandingkan.

Beliau juga menekankan bahawa Sukan SEA merupakan platform penting untuk atlet baharu memulakan kerjaya mereka.

“Kita beri peluang kepada atlet baharu menggunakan Sukan SEA sebagai platform awal sebelum mereka menyertai temasya lebih besar seperti Sukan Asia, Komanwel, atau Olimpik,” jelas beliau.

Atlet-atlet muda akan dinilai melalui saluran seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan pelbagai kejohanan terbuka lain.

Tumpuan kepada Kualiti, Bukan Kuantiti

Langkah kerajaan untuk memanfaatkan fasiliti sedia ada menunjukkan komitmen terhadap pengurusan sumber yang cekap dan mengelakkan pembaziran. Dengan perancangan strategik serta kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri, Malaysia bersedia untuk menyambut Sukan SEA 2027 dengan penuh keyakinan.

Adakah langkah ini mampu memastikan kejayaan temasya Sukan SEA 2027? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai Sukan SEA 2027 yang akan diadakan di Kuching, Sarawak:

Netizen Cadang Pilih Belle Sisoski Dan Alena Murang Bagi Pengarah Muzik Pembukaan Sukan SEA 2027
Kuching Sah Dipilih Sebagai Lokasi Penganjuran Sukan SEA 2027
SUMBER :RTM
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiga Penjenayah Ditembak Mati Di Penampang, Disyaki Berkait Kes Pembunuhan Di Sarawak Tiga Penjenayah Ditembak Mati Di Penampang, Disyaki Berkait Kes Pembunuhan Di Sarawak
Next Article 2 Kali Berubah Wajah, Bangunan FourPoints Sheraton Bakal Diambil Alih Hotel 5 Bintang 2 Kali Berubah Wajah, Bangunan FourPoints Sheraton Bakal Diambil Alih Hotel 5 Bintang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?